SEEKOR
kucing dari Amerika Syarikat (AS) merangkul takhta sebagai kucing paling tua di
dunia serta memecah rekod Guinness selepas menyambut ulang tahunnya yang ke-30
pada 26 Mac lalu.
Kucing yang
diberi nama Scooter itu adalah dari baka Siam berasal dari Mansfield, Texas,
AS. Gelaran yang disandang oleh Scooter sebelum ini dimiliki oleh Corduroy, 26
tahun; jenis Maine Coon dari Oregon.
Menurut
pemiliknya, Gail Floyd kepada pihak Guinness World Records,
rahsia Scooter memiliki umur yang panjang ialah kerana sifatnya yang lincah dan
aktif.
Tambah Floyd
lagi, Scooter gemar melancong dan telah mengunjungi 45 daripada 50 negeri yang
terdapat di Amerika Syarikat.
“Scooter
suka melihat tempat baru dan berkenalan dengan orang baru,” kata Floyd.
Selain hidup
yang aktif, Floyd turut menjaga kebersihan dan pemakanannya. Scooter tidak
seperti kucing lain yang takutkan air, ia gemar apabila bulunya dikeringkan
selepas mandi dan ayam adalah makanan kegemarannya.
Selain Scooter
dan Corduroy, terdapat beberapa lagi kucing pernah mendapat gelaran kucing
paling tua di dunia antaranya Creampuff juga berasal dari Texas, namun mati
pada tahun 2005 pada usia 38 tahun 3 hari.


0 comments:
Post a Comment