SIAPA sangka, kucing comel
bernama Chloe ini akan kembali kepada tuannya selepas 6 tahun hilang tanpa
dapat dikesan.
Rebecca Lee,
pemilik kepada kucing itu pada mulanya menyangka Chloe telah mati akibat
dilanggar kereta dalam satu kejadian pada 2010.
Namun alangkah
terkejutnya dia apabila mendapati si comel itu akhirnya muncul semula di
rumahnya di selatan Wales.
“Memang terkejut tapi ia sesuatu yang sangat
menggembirakan bila mendapati Chloe dijumpai semula selepas bertahun-tahun.
“Ia
telah melompat dari sangkarnya ketika berada di kawasan parkir dan sejak itu
kami tidak menjumpainya lagi. Bukan sahaja poster malah banyak iklan yang telah
kami keluarkan namun nasib tak menyebelahi saya,” ujar
Lee.
Kisah
sebenarnya, sebuah pusat penjagaan haiwan mendapati Chloe telah dihantar ke
situ lalu melakukan imbasan, satu prosedur biasa apabila kucing baharu
dihantar ke pusat itu.
Selepas
mendapati kucing tersebut merupakan milik Lee, kucing itu segera dipertemukan
semula dengan tuannya. Bagaikan mimpi indah kan?



0 comments:
Post a Comment