WASHINGTON DC – Jika anda
benar-benar teringin sangat hendak memanjakan kucing kesayangan anda, alat
inovatif terbaharu ini mungkin caranya untuk berbuat demikian selepas ini.
Sepertimana
keletah ibu kucing gemar menjilat bulu anak-anak kucing, manusia sebenarnya
juga boleh melakukan perkara yang sama seperti lazim dibuat oleh kucing dewasa
ribuan tahun lalu.
Ini mungkin
aneh, namun ia juga tidak mustahil! Dikenali sebagai Licki Brush, ia adalah
alat dengan bentuknya seperti lidah yang boleh digunakan untuk ‘menjilat’ bulu
kucing anda.
Malah
alat tersebut mempunyai tekstur kasar seperti lidah kucing sebenar, yang dapat
memberus bulu kucing sambil si pemilik ‘menjilatnya’ penuh manja, lapor portal
berita tempatan.
Setakat ini,
masih belum ada kepastian harga Licki Brush, namun menurut laman Kickstarter
yang berpusat di Portland Oregon, Amerika Syarikat, alat itu akan dijual di
pasaran tidak lama lagi.
Direka oleh
firma PDX Pet Design, sesuai dengan namanya yang bererti jilat, pengguna hanya
perlu gigit berus itu dan kemudian menjilat bulu kucing tersebut.



0 comments:
Post a Comment