TIDAK semua orang mampu fotogenik
dalam bergambar, ada sahaja kekurangan yang tidak kena malah terpaksa snap dua
tiga kali bagi mendapatkan hasil yang menarik.
Namun lain pula
bagi seekor kucing yang bernama Smoothie. Si comel ini mempunyai lebih 164,000
pengikut di laman sosial Instagram.
Smoothie dari
baka British Longhair yang terkenal dengan mata hijau yang besar, bulu panjang
berwarna coklat dan putih serta memiliki gerak geri yang menawan.
Gaya
Smoothie turut disamakan dengan karakter kucing dalam filem Puss In Boots.
Pemiliknya,
Arvid van Boekel dari Netherlands sering merakamkan aksi comel Smoothie di
dalam bakul dan menggunakan pelbagai props lain.
“Saya
memulakan akaun Instagran ini kerana terlalu banyak gambar Smoothie yang saya
muat naik di Facebook dan salah seorang kawan saya bertanya, “Biar betul,
gambar kucing lagi?”,”kata Boekel kepada Huffington Post.
“Saya punyai
terlalu banyak gambar yang mahu dikongsikan dan dalam beberapa bulan sahaja
Smoothie telah menerima ramai pengikut dari seluruh dunia,” jelasnya.
Rata-rata
netizen yang mengikuti laman Instagram Smoothie terpesona dengan ‘keanggunan’
yang ada padanya.




0 comments:
Post a Comment