Taraf kehidupan rakyat
Malaysia boleh dikatakan sudah jauh maju ke depan namun sedihnya, masih ada
lagi golongan yang mempunyai tahap pemikiran yang masih rendah dan tidak tahu
menghormati orang lain.
Memetik laman iluminasi.com, seorang penjaga tol yang hanya mahu
dikenali sebagai Mira ada berkongsi pengalamannya yang menggambarkan betapa
teruknya perangai sesetengah pengguna lebuh raya di Malaysia.
Maklum sajalah, bekerja
sebagai penjaga tol sudah tentu berdepan dengan orang ramai yang mempunyai
pelbagai ragam. Jom kita baca perkongsian gadis penjaga tol ini.
Saya Mira. Berumur 24 tahun.
Gambar saya tak ada dalam ni ye?
Bekerja di salah sebuah plaza tol di selatan Kuala Lumpur. Tugas
saya seharian dulu adalah mengutip duit tunai bayaran tol orang ramai. Kini
saya bertugas menjaga kaunter tambah nilai Touch n Go orang ramai.
Dulu dan sekarang, tabiat orang kita yang menggunakan lebuhraya
sama saja. Ada yang baik, ada yang buruk, biasalah. Namun saya hendak
memberitahu anda lima tabiat orang kita yang selalu buat saya sakit hati.
1. Lelaki selalu ganggu saya
Jika sekadar ganggu biasa-biasa saya boleh abaikan. Kadangkala
ada yang sampai pegang tangan tak mahu lepas. Apa kau ingat aku bini kau ke
boleh pegang-pegang? Saya tak ada lah marah sangat kalau setakat yang buat-buat
tanya dah kahwin ke, ada boyfriend ke, tapi bila dah mula pegang tangan, memang
jahanam lelaki macam tu. Dia tak tahu kot kami ada cctv. Nak kami hantarkan
bukti kegatalan anda pada isteri?
2. Baru nak bincang berapa nak
topup
Orang ramai beratur di belakang tapi bila dah sampai giliran
dia, dia masih lagi berbincang berapa nak topup. Tak boleh ke putuskan
awal-awal semasa beratur?
3. Tak reti perlahankan radio
Dengan muzik dung-dang-dung-dang dan suara lemah gemalai
(walaupun jantan) anda harap kami boleh dengar suara anda nak topup berapa? Isk.
Tolonglah perlahankan sikit radio kereta anda tu kerana kami perlu tahu berapa
anda nak relod. Reload lebih tau pulak marah.
4. Tak reti adjust kereta
Ni memang masalah pada kami. Maaflah. Saya wanita, tapi
selalunya berlaku pada pemandu wanita. Badan kecil, dia hentikan kereta jauh
dari kaunter sehinggakan kami yang terpaksa hulurkan badan ke luar nak sambut
duit. Boleh saja perlahan-lahan dekatkan kereta anda. Awasi jarak side mirror
Insya Allah semua ok.
5. Komplen pasal kena bayar
tol dekat kami
Ni selalu kami kena. Sambil duk reload Touch n Go, sambil tu jugaklah
dia duk membebel kerajaan itu lah, tol itulah, ini semua kapitalislah.
Tuan-tuan dan puan-puan, maaflah. Tugas kami hanya untuk menjaga kaunter tol
atau kaunter topup Touch n Go, bukannya kaunter aduan ketidakpuasan hati anda.
Tu lah 5 yang selalu buat saya menyampah. Bagaimanapun,
alhamdulillah majoriti pengguna tol kita berbudi bahasa dan bertata susila.
Cuma bila kena 5 ni, rasa macam nak jatuhkan aje palang tol tu kat atas cermin
kereta dia.
Jesteru, sebagai pengguna lebuh raya pastikan anda tidak
termasuk dalam golongan yang mempunyai 5 tabiat buruk ini.
0 comments:
Post a Comment