Perbahasan mengenai keluarnya
angin melalui f@r4j atau v@g!n4 atau qubul ada disentuh oleh ulama.
Mengikut kaedah saintifik, v@g!n4 adalah tiub yang berotot dan berdinding
membran sepanjang 7 hingga 9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke
bukaan f@r4j.
Bukaan f@r4j ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama
seperti otot yang mengelilingi bukaan dubur dan salur kencing. Dalam keadaan
biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup, dindingnya kempis menyentuh
antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan sebarang angin. Ini adalah kerana
bakteria yang berada di sel-sel lapisan dalam v@g!n4 hanya bertindak balas
mengeluarkan asid laktik untuk menjadikan f@r4j berasid, lembab dan
membantu mengelakkan jangkitan kuman pada permukaannya.
Keadaan ini berbeza dengan
situasi yang berlaku pada usus besar yang mana bakteria dalam usus besar bertindakbalas
mengeluarkan gas yang dikenali sebagai kentut. Maka dalam keadaan
normal, v@g!n4 sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan
sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah fistula (lubang penyambung)
antara rektum (usus besar) dengan v@g!n4 akibat pembedahan antara usus
dan f@r4j. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar masuk ke
dalam f@r4j.
Kebanyakan wanita sebenarnya mengalami masalah keluar masuk
angin di antara kelopak besar labia (labia majora), angin ini berkumpul di
celah ruang yang terbentuk antara kelopak dan f@r4j. Fenomena ini sering
disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan f@r4j. Lebih
memburukkan keadaan apabila wanita berkenaan mengangkat hadas iaitu membasuh
bahagian kemaluan mereka.
Air yang terperangkap di celah kelopak-kelopak besar labia,
menyebabkan pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak-kelopak labia ini
lebih ketara dirasai semasa pergerakan solat, yang akhirnya turut mengeluarkan
bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut. Lebih menyulitkan lagi
bukaan f@r4j tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur
hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan f@r4j
secara yakin.
Namun begitu, keluar masuk angin di v@g!n4 berkemungkinan
berlaku kepada wanita yang mengalami kelemahan pada otot-otot kemut seperti
wanita yang telah melahirkan ramai anak, mengalami masalah jatuh peranakan dan
juga tidak dapat mengawal kencing (kencing dedas) Bagi memastikan bahawa angin
yang keluar masuk itu bukan dari v@g!n4, wanita disarankan berdehem
selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi orang yang
mengalami masalah kencing dedas, mengelap kering bahagian sulit selepas
berhadas kecil, atau melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak
ini (bukan menyumbat f@r4j).
Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia
berasal dari masalah ini, jika dia terus menerus berlaku, maka wanita perlu
mengakui besar kemungkinan angin itu berasal dari f@r4j. Wanita berkenaan
disarankan untuk mempraktikkan senanam kemut untuk menguatkan semula otot-otot
kemut bagi menutup kemas bukaan f@r4j.
Hukum dan implikasinya
Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui f@r4j
(qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut,
عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ
رِيْحاً
‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.
Berdasarkan hadis di atas, secara jelas Rasulullah memberitahu
bahawa keluar angin boleh membatalkan solat. Oleh sebab itu, wanita yang
mengalami masalah angin pada f@r4j disarankan mengambil langkah-langkah
berikut;
1. Berdehem selepas membuang air kecil.
2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.
3. Mengelap f@r4j sehingga kering dan menutupi ruang
kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala
pelekat yang nipis dan bersih.
4. Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak
boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.
Sikap berhati-hati dalam menunaikan ibadah solat amat penting
agar solat sah dan diterima Allah. – Editor.
Dr Rosediani Muhammad.
(Pakar Perubatan Keluarga, Kampus Kesihatan Universiti Sains
Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan)
0 comments:
Post a Comment