ANALISIS telapak tangan “The
Sign of Hand” telah lama digunakan oleh bangsa Yunani sejak ribuan tahun yang
lalu. Itulah sebabnya analisis telapak tangan merupakan salah satu bentuk
analisis yang sangat dianjurkan untuk dilakukan oleh seorang Herbalis ketika
hendak merawat penyakit pesakit yang datang berubat kepadanya.
Tangan merupakan bahagian saraf yang paling hujung dari tubuh
manusia. Apa saja yang berlaku pada tubuh manusia akan terlihat pada tangan. Di
antara bahagian-bahagian tangan yang boleh menunjukkan keadaan suatu penyakit
yang berlaku pada manusia adalah telapak tangan bahagian atas, semua jari
(mulai dari kelingking hingga ibu jari), ruas-ruas jari bahagian atas dan kuku.
Empat
jari yang ada hubung kait dengan organ dalaman tubuh :
Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Berikut ini kaitan antara jari
dan telapak tangan dengan kesihatan anda :
1. Masalah Kolon (Sembelit)
Penyakit bersumber dari masalah usus besar (kolon) dan sembelit
merupakan masalah yang paling utama. Tanda-tanda di tangan pesakit untuk
masalah sembelit dan permasalahan kolon adalah sebagai berikut :
. Garis-garis ruas jari-jari pada telapak tangan berwarna gelap,
semakin gelap warnanya menunjukkan semakin teruk permasalahan sembelitnya.
. Garis-garis yang ada pada telapak tangan dan ruas seluruh jari
berwarna gelap, semakin gelap warnanya bermakna semakin teruk masalah
sembelitnya.
. Terdapat bayangan kehitaman secara keseluruhan dari telapak
tangan, menandakan lebih kronik dari garis-garis berwarna gelap di ruas
jari-jari.
. Apabila jari telunjuk dan jari tengah direntangkan terasa
sakit, ini menunjukkan adanya masalah sembelit.
. Permasalahan usus besar lainnya dapat dilihat pada keadaan ibu
jari yang bengkok.
. Jari telunjuk bengkok menandakan adanya permasalahan pada usus
besar.
Keadaan sembelit yang serius boleh dirawat dengan mesin kolon
hydrotherapy, dimana najis-najis yang melekat di usus/kolon akan dikeluarkan
dengan bantuan mesin dan biasanya najis berwarna kehitaman.
Sembelit adalah satu penyakit, namun wujudnya kesan daripada
penyakit-penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
2. Masalah Angin
Masalah angin tak dapat dipisahkan dengan masalah sembelit.
Tanda-tanda di tangan pesakit untuk masalah angin adalah terdapat bintik-bintik
putih di telapak tangan berwarna kemerah-merahan. Ada dua kemungkinan, jika
telapak tangan berwarna merah maka bintik-bintik berwarna putih dan sebaliknya
jika telapak tangan berwarna putih maka bintik-bintik berwarna merah. Hal ini
diakibatkan oleh gas yang berlebihan di dalam tubuh.
Kesan masalah angin kepada pesakit adalah rasa cepat marah dan
beremosi, darah keluar lebih kental bila dibekam, suara tinggi dan pandangan
tajam. Masalah angin ini ada hubung kait dengan masalah kolesterol.
3. Masalah Stress
Fikiran menguasai 50% kesihatan manusia. Dalam keadaan tertekan
(stress) yang berterusan tubuh akan mengeluarkan hormon steroid yang dapat
melemahkan sistem imuniti. Tanda-tanda di tangan pesakit stress adalah terdapat
urat-urat biru/hijau di pergelangan tangan, telapak tangan dan disepanjang
jari-jari serta sangat terlihat jelas di betis kaki.
Stress menyebabkan pesakit terlalu sedih, cepat marah atau
beremosi, tidak nyenyak tidur dan terasa migrain. Masalah stress ini ada
hubungannya dengan masalah jantung, paru-paru dan kekurangan vitamin C.
4. Masalah Jantung
Masalah jantung berbeza dengan penyakit jantung. Masalah jantung
maksudnya adalah terdapat gangguan–gangguan pada organ jantung. Berlakunya
arteriklorosis (penyumbatan arteri) adalah disebabkan terjadinya keadaan stress
yang berpanjangan. Tanda-tanda di tangan pasien yang mengalami gangguan jantung
adalah sebagai berikut :
. Jari kelingking yang bengkok menandakan adanya permasalahan
pada organ jantung.
. Jari Tengah yang bengkok menandakan adanya permasalahan pada
organ jantung.
. Tapak tangan berpeluh atau lembab (tanpa sebarang aktiviti)
menandakan seseorang mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas
dan stress.
Kesan dari masalah jantung adalah dada kiri terasa sakit, kebas
pada jari-jari, rasa nyeri seperti di tusuk, mudah terperanjat, berdebar-debar,
sukar tidur. Masalah ini ada hubungannya dengan masalah kolesterol atau
tingginya kadar LDL (Low Density Lipoprotein) dalam tubuh.
5. Masalah Kolesterol
Masalah kolesterol sangat berkait rapat dengan masalah jantung
dan kardiovaskular. Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan
kolesterol ini adalah sebagai berikut :
. Ruas hujung jari-jari berwarna lebih merah atau lebih gelap
dari ruas jari di bawahnya. semakin gelap warnanya menandakan kadar kolesterol
di tubuh makin tinggi.
. Telapak tangan berwarna merah, kelihatan bengkak dan terdapat
urat berwarna biru.
Masalah kolesterol mengakibatkan pesakit mengalami masalah emosi
atau cepat marah. Masalah kolesterol berkait rapat dengan masalah sembelit,
masalah angin.
6. Masalah Alergi
Masalah Alergi atau Sinusitis hampir menimpa kebanyakan penduduk
Asia. Masalah ini biasanya dikaitkan dengan masalah paru-paru (pernafasan) atau
asma. Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan ini adalah
terdapat urat-urat berwarna biru/kehijau-hijauan pada telapak tangan di
bahagian bawah ibu jari. Ibu Jari bahagian atas kempot, juga menandakan
berlakunya masalah sinusitis.
Masalah Alergi menyebabkan bersin-bersin terutama di waktu pagi,
rambut gugur, mata gatal-gatal, kaki kebas, cepat lelah, asma. Jika kondisi ini
berkepanjangan maka akan menimbulkan masalah keputihan bagi perempuan, atau
buasir bagi lelaki.
7. Masalah ketidakseimbangan
Hormon
Masalah ketidakseimbangan hormon atau inbalance hormon dapat
menyebabkan berlakunya masalah berkurangnya keinginan seks (tapi bukan
impotensi), masalah di rahim/peranakan. Masalah ini biasanya berlanjut pada
masalah Tiroid, Ovarium, Prostat, Uterus, Fibroid, Endrometris dan kanser
rahim.
Tanda-tanda di tangan yang mengalami masalah ketidakseimbangan
hormon adalah :
. Telapak tangan berwarna pucat merah, terdapat urat berwarna
biru dan terlihat sangat jelas.
. Telapak tangan licin, kesat dan kulit telapak tangan kering.
. Terdapat bulan sabit terbalik hanya di kuku ibu jari
menandakan hormon dalam keadaan balance. Sebaliknya apabila bulan sabit
terbalik tersebut ada disemua kuku atau ada di kuku-kuku lain selain ibu jari,
maka menandakan terdapat masalah inbalance hormon.
. Jari Kelingking kempot menandakan berkurangnya kemampuan seks.
. Ibu jari bengkok menandakan masalah kesuburan yang rendah.
Akibat dari masalah in balance hormon adalah berkurangnya
keinginan seks, perasaan rendah diri, kemurungan yang mendalam bahkan depresi.
8. Masalah Wanita (Rahim dan
Uterus)
Masalah wanita yang banyak dialami adalah masalah rahim jatuh
atau prolapsus, keputihan, senggugut, fibroid, endrometrosis. Masalah wanita
ini apabila berpanjangan akan menyebabkan terjadinya kanser rahim. Beberapa
keadaan yang menyebabkan seorang wanita mudah diserang kanser :
(a) Datang darah haid pada usia dibawah 10 tahun.
(b) Berhenti darah haid pada usia di atas 50 tahun.
(c) Tidak melahirkan anak.
(d) Melahirkan anak pada usia 35 tahun terutama anak sulung.
(e) Tidak menyusui anak.
(f) Pernah menderita tumor.
(g) Memiliki sejarah keturunan pesakit kanser.
(h) Pengguna Pil Kesuburan (Hormon).
Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan wanita
ini adalah :
. Jari kelingking meruncing/menirus menandakan masalah
rahim/peranakan.
. Jari Kelingking bengkok bahagian atasnya saja menandakan rahim
jatuh (prolapsus), jika berterusan akan mengarah pada permasalahan tumor.
9. Masalah Buah Pinggang
Masalah buah pinggang yang banyak dialami adalah masalah
kebas-kebas di pinggang, kencing tidak lawas, menahan kencing, batu karang,
kencing tak keluar (edena), kencing darah dan sebagainya. Masalah Ginjal ada
kaitannya dengan masalah hati dan jantung. Perlu diketahui bahawa kerosakan
ginjal tidak melebihi 25% belum memberikan kesan sakit pada pesakit. Apabila
seorang ayah atau ibu telah mengalami masalah ginjal, maka berdasarkan
penelitian di Malaysia sekitar 60% anak yang dilahirkan akan mewarisi masalah
ginjal tersebut.
Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan ginjal
ini adalah :
. Ruas pertama dari seluruh jari –jari terlihat buncit/bengkak
air.
. Ruas pertama jari telunjuk berkerut-kerut, menandakan kurang
air atau sering menahan air kencing, biasanya juga terlihat kelopak mata
berwarna hitam.
. Terasa sakit di tiga jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan
jari tengah.
. Hujung-hujung jari relatif tidak meruncing menandakan
seseorang mengalami masalah ginjal, untuk wanita biasanya letak rahim tidak
pada tempatnya.
. Mata kaki bengkak atau mata bergelambir menandakan ada masalah
ginjal dan jantung.
. Ruas hujung jari-jari bengkok ke dalam menandakan adanya
masalah batu karang/ginjal dan gout.
10. Masalah Daya Tahan Tubuh
(System Imunity)
Dari keseluruhan tanda-tanda yang dijelaskan diatas, adalah baru
sebatas dugaan adanya permasalahan pada organ yang bersangkutan. Permasalahan
tersebut akan betul-betul wujud pada pesakit apabila system imunity tubuhnya
dalam keadaan menurun/rendah. Tanda-tanda sistem imuniti rendah adalah :
. Hujung jari manis kelihatan bengkok menandakan menurunnya
sistem imunity. Selain itu juga terdapat masalah pada usus kecil dan masalah
pencernaan. Ini ada kaitanya juga dengan masalah hempedu dan ulu hati.
. Telapak tangan berwarna hitam legam menandakan keadaan daya
tahan tubuh lemah dan buruk.
. Telapak tangan cekung atau berlopak (cukup dalam) menandakan
sistem imuniti yang rendah, juga menandakan adanya ganguan pada saraf dalaman.
Jika diiringi rasa sakit di belikat, maka pada wanita ada kaitannya dengan
rahim/peranakan. Jika lelaki ada kaitannya dengan tenaga batin.
Contoh kes keadaan pesakit
yang melibatkan keadaan telapak tangan cekung :
. Pada pesakit yang berusia lebih dari 40 tahun, jika memiliki
telapak tangan yang cekung, ruas jari pertama buncit, adanya sembelit, warna
telapak tangan kemerahan dan lembab, maka dapat dipastikan pesakit tersebut
telah mengidap kencing manis (diabetes).
. Pada pesakit wanita dewasa, yang memiliki telapak tangan yang
cekung dan juga mengalami gangguan pada hormon tiroid, telapak tangan
pucat/kebiru-biruan, masalah angin yang kronik, masalah alergi maka dapat
dipastikan pesakit ini telah mengidap penyakit keputihan, fibroid dan
endrometriosis.
. Hujung jari tengah bengkok, terdapat bintik-bintik putih,
telapak tangan licin, gemuk dan berpeluh, menandakan seseorang mengidap stroke.
11. Masalah-masalah Lainnya
Selain tanda-tanda seperti yang diuraikan di atas, masih
terdapat tanda-tanda lain yang boleh di lihat di jari dan telapak tangan,
diantaranya adalah :
. Apabila kuku bergelombang, bergaris-garis dan telapak tangan
keras serta terdapat benjolan, ini menandakan keracunan/toksid heavy metal (logam
berat).
. Bawah mata dan telapak tangan kelihatan pucat, banyak
bintik-bintik putih dan urat berwarna biru tersebar merata menandakan seseorang
mengalami masalah tekanan darah rendah atau anemia. Kondisi ini juga dapat
dilihat jika kuku ditekan beberapa saat sampai berwarna putih dan perlu waktu
yang lama untuk kembali kekeadaan normal.
. Adanya garisan di tepi perut ibu jari, terlihat berwarna
biru/hijau, ini menandakan adanya masalah tiroid atau masalah gastrik (angin
dalam usus). Simptomnya adalah jika letih, lapar dan terasa sakit di ulu hati.
. Tanda kadar gula yang tinggi dapat dilihat di tapak jari-jari
di bawah kuku, semakin gelap warnanya maka semakin tinggi kadar gulanya.
. Kuku berwarna agak kemerah-merahan (pink) menunjukan seseorang
mudah bingung.
. Kuku bergelombang menunjukan kelainan (gangguan) pada hati.
. Kuku bergaris
menunjukkan kelainan atau gangguan pada ginjal.
0 comments:
Post a Comment