Katie Piper berusia 24 tahun dengan karier
yang baik sebagai personaliti televisyen dan model apabila tragedi kejam
menimpa dirinya.
Seorang penyerang diupah menyerangnya dan menyimbah asid
sulfurik ke wajahnya. Tetapi wanita muda berbakat ini berjaya melepasi pahit
getir hidupnya dan kini selepas 10 tahun ketika berusia 34 tahun, beliau
berkongsi kisah hidupnya dan berhasrat membantu orang lain.
Perkenalan Katie Piper dengan teman lelaki yang menjalin
hubungan dengannya selama 2 minggu telah mengubah hidupnya selepas itu. Daniel
Lynch lelaki bertanggungjawab memusnahkan hidup Katie dalam sekelip mata.
Sebelum serangan asid
berkenaan, Katie dan Daniel telah bermalam di sebuah hotel sebelum Katie telah
diperkosa dan diserang secara fizikal oleh Daniel. Katie menjadi trauma dan
menjadi takut menjalani kehidupannya selepas itu.
Selepas kejadian itu,
Katie telah dapat melepaskan dirinya dari Daniel dan bertindak memutuskan
hubungan dengan Daniel. Daniel mengugut Katie supaya tidak mendedahkan kejadian
tersebut dengan berkata dia akan membunuh keluarga dan rakan Katie jika ia
didedahkan. Namun, Katie tidak dapat memendam insiden itu lalu telah menceritakan
kepada rakan sebiliknya.
Bermula dari perpisahan
itu, Daniel telah mula menghantar mesej dan memanggil Katie sebagai gila,
dan bertanya samada dia ada menceritakan kepada sesiapa tentang kejadian
tersebut dan menyuruhnya supaya berdiam diri.
Ugutan
ini berlarutan setiap hari sehingga pada hari terakhir perbualan mereka
dengan Daniel meminta Katie supaya pergi ke kafe internet berdekatan untuk
memeriksa mesej di Facebook yang
dihantar olehnya.
Pada waktu itulah, kejadian serangan simbahan asid itu telah
berlaku. Daniel telah mengupah seorang lelaki bernama Stefan Sylvestre
mendekati Katie dan menyimbah mukanya dengan asid sulfurik.
Akhirnya dengan ugutan yang jelas bersama
bukti, kedua-dua penjenayah ini telah ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman
penjara seumur hidup, dengan Daniel dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
dengan 2 pertuduhan tanpa apa-apa keistimewaan mendapat parol selama 60 tahun.
Keputusan ini memberi kelegaan pada Katie dan keluarganya,
tetapi hidup Katie telah berubah sepenuhnya.
Katie juga seakan menjalani hukuman penjara
seumur hidup seperti Daniel, apabila dengan rupa fizikalnya telah dirosakkan
bersama keadaan mentalnya diganggu ketakutan, ketidakpastian dan penderitaan.
Simbahan asid sulfurik yang berbisa itu telah merosakkan
wajahnya dengan mata, telinga dan kerongkongnya telah mengalami kecederaan yang
agak teruk. Wajahnya telah berubah sepenuhnya.
Semasa berada di hospital, Katie menjalani
beberapa siri dan prosedur pembedahan menyelamatkan bahagian badannya yang
terkena asid itu, terutamanya di bahagian mata kirinya yang telah menjadi buta.
Katie telah dibiarkan koma selama 12 hari, dengan para
pakar bedah menjalankan prosedur membaik pulih kulitnya. Kemudian Katie memakai
topeng selama 23 jam setiap hari. Keseluruhannya Katie telah menjalani 40
pembedahan merawat semua kecederaan akibat simbahan asid tersebut.
Ada masanya Katie mahu berputus asa dan menamatkan hidupnya. Dia
pernah menulis kepada ibunya yang dia mahu membunuh diri kerana tidak tertahan
dengan penderitaannya.
Dari situ, ibunya mula mengumpul coretan
Katie sebagai jurnal yang akan ditujukkan kepadanya sebagai satu proses
penyembuhan. Katanya, “Saya mahu menunjukkan kepadanya yang ia bukanlah satu
pengakhiran. Ia adalah satu permulaan dan dia mesti pulih dan ada bukti dalam
proses pemulihannya.”
Walaupun proses pemulihan itu amat menyakitkan dan membuatnya
sengsara, Katie telah dapat mengatasinya dengan tabah.
Dengan bantuan keluarga dan rakan, Katie menolak dirinya ke
depan mengharungi segala cabaran memulihkan dirinya dari pengalaman pahit
tersebut
Setahun
selepas insiden tersebut, Katie telah mengasaskan Katie Piper Foundation yang
memfokus dan menyokong serta membantu mangsa simbahan asid dan kebakaran.
Katie kemudian menerbitkan buku
biografi yang ditulis olehnya sendiri. Dia juga berkongsi kisahnya dalam
program televisyen seperti ‘The Morning’ , ‘Loose Women’ ,
‘Bodyshocker’ dan ‘Never Seen A Doctor’ dan
sebagainya.
Kini pada usianya 34 tahun dengan 10 tahun kemudian selepas
insiden kejam tersebut, Katie telah menjadi jurucakap motivasi, membantu mangsa
simbahan asid dengan menjadikan dirinya sebagai contoh dan inspirasi.
Dia berkongsi kisah hidupnya untuk dijadikan pedoman kepada yang
lain supaya tidak terlalu obses dengan imej diri sendiri.
Katie memberi inspirasi kepada wanita yang lain yang menjadi
mangsa supaya meneruskan hidup dan sentiasa positif dan menyedari akan adanya
pelangi yang cantik selepas hujan lebat yang turun.
Katie kini telah mendirikan rumahtangga
yang bahagia dengan Richard Sutton dan dikurniakan dengan seorang anak
perempuan bernama Belle.
Kata Katie Piper, ” Melalui kisah perit dan kemudian kisah
bahagia dengan berkahwin dan mempunyai anak adalah sesuatu yang diharapkan di
dalam kehidupan. Ia seperti mendapat suatu barang mewah yang berharga yang
tidak terjadi dan didapati oleh semua orang. Ia menjadi lebih bermakna dan
menggembirakan apabila ia adalah sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku untuk
mendapat pengalaman indah dan istimewa seperti ini.”
Era Baru
0 comments:
Post a Comment