LOS ANGELES – Seorang lelaki yang
disyaki telah memperkosa sebelum membunuh 21 ekor kucing ditangkap setelah
polis menemuinya pengsan di dalam keretanya bersama seekor kucing betina.
Penjenayah itu,
Robert Roy Farmer, 25; dari San Jose akhirnya bakal dihukum penjara
selepas mengaku bersalah di sebuah mahkamah dalam 21 pertuduhan jenayah seksual
terhadap haiwan, lapor media tempatan, Mercury News.
Pihak berkuasa
mengenakan dakwaan masing-masing untuk kes kucing yang diseksanya, penderaan
kecil dan mabuk berlebihan ketika perbicaraan berlangsung di sebuah mahkamah di
Santa Clara County dekat sini semalam.
Panel hakim
dalam kes unik itu bagaimanapun ingin mendengar pandangan pakar psikiatri
terlebih dahulu sebelum mereka dapat menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan
kesalahan kejam dilakukan oleh Robert tersebut
Tertuduh
mengaku merogol sejumlah kucing sebelum membunuh mangsa. Hakim Sharon A
Chatman akhirnya memutuskan agar pasukan psikiatri ditugaskan untuk memeriksa
mental Robert atas permintaan pihak peguam.
“Perbicaraan mungkin perlu disambung semula pada 7 April depan.
Setelah mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak, ia diharap dapat
membantu kami untuk membuat keputusan penghakiman sewajarnya.
“Hal terpenting dalam perbicaraan ini adalah bagi memastikan kami
(panel hakim) memiliki semua maklumat mengenai tertuduh untuk akhirnya
menghasilkan keputusan yang adil dan masuk akal,” tambah Sharon.
Robert
ditangkap ketika seorang anggota polis San Jose secara kebetulan menemuinya
pengsan akibat keletihan teruk di dalam sebuah kereta dengan seekor kucing
betina yang sudah mati pula berada di sebelahnya.
Hasil laporan
bedah siasat pihak San Jose Animal Care and Service, sebuah agensi kebajikan
haiwan tempatan menyatakan kucing berwarna jingga yang dijumpai mati di kereta
Robert, menunjukkan tanda-tanda diperkosa.
Lebih
mengejutkan apabila bangkai kucing malang itu juga didapati mengalami
kecederaan serius pada bahagian alat kelaminnya malah DNA daripada Robert
berjaya ditemui di bawah cakar si mamalia comel tersebut.
Setelah
dilakukan ujian lanjutan DNA, ternyata Robert dikaitkan dengan kematian bersiri
21 ekor kucing terdahulu yang pernah mencetuskan kebimbangan masyarakat
setempat.


0 comments:
Post a Comment