DUBAI – Polis menahan seorang
lelaki semalam, selepas rakaman video dia memberi makan kucing kepada dua
anjing tersebar.
Video
mengerikan itu menunjukkan lelaki berkenaan memberi kucing untuk dimakan dua
anjingnya dipercayai jenis rottweilers, dengan alasan sebagai hukuman kerana
kucing itu menyerang burung merpati dan ayam di ladangnya.
Kejadian itu
mengundang kemarahan pertubuhan kebajikan haiwan dan pengguna sosial media
selepas video berkenaan tersebar.
Penolong Ketua
Polis Siasatan Jenayah Dubai, Mejar Jeneral Khalil Ebrahim Al Mansouri,
menganggap kejadian itu sebagai ‘perlakuan kejam dan pelik dalam masyarakat’.
Lelaki
berkenaan menjadi orang pertama didakwa mengikut akta baru kebajikan haiwan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang digubal tahun lalu, membawa hukuman sehingga
setahun penjara atau denda antara 50,000 dirham (RM60,572) hingga 200,000
dirham (RM242,288).
Doktor Manal Al
Mansouri dari Kumpulan Kebajikan Haiwan UAE, berkata tindakan lelaki itu adalah
pembunuhan tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan.
“Lelaki itu tidak sepatutnya menyalahkan kucing dengan kematian
merpati dan ayamnya kerana haiwan itu mengikut lumrahnya sebagai kucing. Dia
yang patut disalahkan kerana gagal menjaga ladangnya dengan baik,” katanya.


0 comments:
Post a Comment