JANGAN tertipu dengan muka comel
kucing ni kerana dia ada rahsia gelap iaitu suka mencuri seluar dalam.
Kucing berusia
empat tahun ini, Reginald telah mencuri lebih 20 item dalam dalam masa beberapa
bulan.
Selain seluar
dalam, dia juga suka mencuri bra dan baju bayi daripada tempat mencuci baju.
Keadaan
ini menyebabkan tuannya, Liza Brickell terpaksa memberi amaran kepada penduduk
di Kent, bahawa Reginald mempunyai kecenderungan untuk mencuri.
“Pada musim panas lalu, dia mula membawa barangan dari rumah
orang. Kemudian dia kembali melakukannya pada tahun ini,’’ katanya.
Ia menyebabkan
Liza malu dengan penduduk di situ dan meminta penduduk yang kehilangan barang
supaya menghubunginya.



0 comments:
Post a Comment