Sehubungan itu, mayat
seorang bayi perempuan berusia 35 minggu ditemukan di hadapan sebuah kilang di
Jalan Bakar Arang di sini semalam tanpa kepala dan tangan, dipercayai telah
dimakan anjing liar.
Mayat bayi berkenaan
sebelum itu dipercayai telah diletakkan di sekitar kawasan kilang tersebut oleh
ibu bayi atau teman ibu itu dengan harapan ada insan yang mengambil untuk
memeliharanya.
Ketua Polis Daerah Kuala
Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata mayat bayi malang itu dijumpai orang awam di
kawasan berkenaan pada 4.30 pagi dan dipercayai telah mati sejak sehari atau
dua hari lepas.
“Kepala dan kedua-dua
tangan bayi terbabit dipercayai dimakan anjing liar, ini susulan maklumat awal
yang mendakwa mayat terbabit dikelilingi anjing sebelum orang awam menyedari
bahawa ia adalah mayat bayi.
“Hasil bedah siasat
menyebut punca kematian adalah ‘tidak dapat dipastikan,” kata Md Zukir dalam
satu kenyataan malam ini.
Beliau berkata siasatan
lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan
kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
Suspek kes berkenaan belum
dapat dikesan setakat ini. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment