Bagi ramai wanita mungkin satu soalan
yang layak dapat penyepak. namun, memetik dari laman Facebook Pesona Pengantin,
dari apa yang diajukan, wanita berkenaan meminta pendapat dari pengguna maya
yang mempunyai pengalaman berkaitan poligami. Meskipun dia akui kebanyakan
respon yang diberikan adalah negatif.
Ikuti sepenuhnya luahan
wanita itu di bawah:
“Salam admin, mohon rahsiakan
identiti saya. Saya nak tanya pendapat admin mahupun rakan yang lain. Mungkin
pertanyaan saya ini akan dikecam oleh banyak pihak.
“Berkaitan dengan soal
poligami. Saya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang
sudah berkeluarga, mempunyai seorang anak dan isterinya sedang sarat
mengandung.
“Perkenalan kami baru berusia
dua tahun. Dia ada menyampaikan hasrat untuk menjadikan saya sebagai isteri
keduanya. Malah dia sudah berjumpa dengan kedua ibu bapa saya.
“Dia memaklumkan pada saya
bahawa dia akan beritahu perkara itu kepada isterinya. Tetapi bukan pada masa
isterinya sedang sangat sarat mengandung.
“Pertanyaan saya, jika saya
meneruskan hubungan ini atas dasar cinta, adakah ianya satu keputusan yang
terhina sebagai seorang wanita? Saya pernah menyuarakan kepada dia bahawa saya
rasa bersalah dan kasihan terhadap isterinya sebagai sesama wanita. Tetapi dia
menjawab, dia mampu untuk berpoligami dengan adil. Dan hasrat dia untuk
menjadikan saya sebagai isteri kedua itu juga tidak dilarang dalam agama.
“Jawapannya itu membuatkan
saya dalam dilema. Harap admin dapat membantu saya. Saya terima jika ada yang
mengecam saya mahupun marah atau maki kerana saya tahu perkara ini sangat
sensitif. Saya mohon maaf,”
Dalam ruangan komen di Page
Pesona Pengantin, salah satu komen telah mendapat perhatian netizen, komen
tersebut yang dimuatnaik dari seorang pengguna Facebook dengan nama Deano
Rahayudean Rahmat membalas persoalan wanita dalam dilema tersebut.
“Saya belum berumahtangga
tetapi terpanggil untuk memberikan pendapat. Mungkin kerana adik beradik ramai
perempuan dan ibu saya juga adalah ibu tunggal.
“Dari pandangan saya, dari awal
perhubungan lagi lelaki itu tidak adil dengan isteri pertama sebab apakah
alasan yang dia berikan pada isterinya untuk berjumpa dengan awak?
“Kedua, mengapa hubungan itu
sudah berlanjutan selama dua tahun meskipun awak tahu yang dia mempunyai anak
dan isteri? Awak sendiri mencari masalah?
“Ketiga, mampu bukan setakat
mencampak duit bagi anak dan melayan nafsu. Kalau betul dia mampu, maksudnya
dia juga mampu menjalankan amanah dan rukun-rukun Islam. Solat tak? Puasa tak?
“Keempat, kalau dia
menjalankan perintah Allah, tahu tak dia bahawa berdua dengan bukan mahram
adalah seperti berdua dengan seekor babi? Bohonglah kalau tidak pernah berjumpa
kan?
“Kelima, awak terfikir tak
suatu hari nanti dia juga akan memberikan alasan yang sama untuk melengkapkan
kuota yang ketiga dan keempat isterinya nanti? Mampu nak tabahkan hati pada
ketika itu? Isteri pertama dapat payung emas, awak pula mendapat payung Shell
sahaja sebab rebate isi minyak.
“Banyak lagi soalan-soalan
yang saya nak tanya. Lelaki itu poyo kalau dia berkata yang dia mampu. Sebab
ada GST pun sudah pasti dia memekak tidak setuju. Senang cerita, tak payahlah
mengusutkan masalah yang ada. Saya sebagai lelaki tidak setuju sebab
membayangkan kalau itulah yang terjadi pada adik-adik perempuan saya. Awak dan lelaki
itu akan makan kaki kiri dan kanan. Seorang sebelah. Sekian,”
Persoalan disini, adakah
wanita tersebut patut atau tidak untuk meneruskan hubungannya dengan lelaki
yang statusnya suami orang?
Ada sesetengah pendapat
mengatakan lebih baik teruskan hubungan itu dengan suatu ikatan yang halal,
tapi ada juga yang berpendapat lebih baik wanita itu undur diri dan carilah
lelaki yang selayaknya untuk dia jadikan teman hidup dan bukannya suami orang.
Ia sangat-sangat subjektif
bukan?
Benar juga kata saudara Deano, mungkin satu hari nanti lelaki tersebut akan memberikan alasan yang sama kepada wanita ini untuk berpoligami setelah mereka berumahtangga.
Benar juga kata saudara Deano, mungkin satu hari nanti lelaki tersebut akan memberikan alasan yang sama kepada wanita ini untuk berpoligami setelah mereka berumahtangga.


0 comments:
Post a Comment