NEW DELHI – Seorang lelaki
menderita apabila lapisan dalaman perutnya terkoyak kerana terlalu taasub mahu
memenangi pertandingan makan burger dianjurkan sebuah restoran.
Dalam kejadian
itu, Garv Gupta memasuki pertandingan dianjurkan restoran di New Delhi itu yang
menawarkan makan percuma selama sebulan kepada pemenang pertandingan makan
burger cili di situ.
“Saya mengambil bahagian dalam pertandingan itu bersama beberapa rakan
kerana mahukan hadiah yang ditawarkan.
“Saya memang menang, tetapi keesokannya saya muntah dengan kesan
darah menyebabkan saya panik lalu terus menemui doktor.
“Rupanya burger cili yang saya makan menyebabkan luka di dalam
perut. Lapisan dalam perut terkoyak dan bahagian itu terpaksa dibuang melalui
pembedahan,”kata pelajar Universiti Delhi itu. – Agensi/myMetro Online


0 comments:
Post a Comment