SEEKOR kucing didakwa mempunyai
kuasa ‘psikik’ dijual kepada seorang bomoh atau ‘ahli sihir’ dengan harga
£67,000 (RM370,000).
Pemilik kucing
itu; Dmitry R dari Blagoveshchensk, Rusia memberitahu kepada sebuah laman
bahawa haiwan peliharaannya yang bernama Charles Utkins itu diwarisi daripada
mak ciknya.
Ia mampu
melepaskan diri dari kandangnya sendiri malah boleh membaca minda serta
merangsang fikirannya (Dmitry).
“Pintu bilik tertutup, dan kucing itu dikurung di tempat lain.
Tiba-tiba ianya muncul di dalam bilik dari belakang pintu yang tertutup,
biarpun tiada siapa yang melepaskannya.
“Charles juga boleh membaca fikiran, tapi lebih teruk lagi, dia
boleh merangsang fikiran dan kesemua yang ada di fikiran akan tertunai malah
ianya sukar untuk ditolak.”
Tambah
Dmitry lagi, dia seorang yang tidak percaya kepada perkara-perkara pelik atau
ghaib tapi Charles mampu menjadikan hal itu sebaliknya.
“Sebagai contoh, saya tak makan ikan langsung malah tak
gemarkannya atau sosej.
“Tapi Charles akan buatkan saya bangun jam 5 pagi dengan kemahuan
yang kuat untuk makan ikan atau sosej.
“Saya kemudian terpaksa pergi ke kedai untuk membelinya dan berikan
kepadanya (Charles).
“Apabila Charles mula makan makanan itu (sosej dan ikan), rasa
lapar saya tiba-tiba hilang,” jelasnya.
Selain itu,
Charles juga menyebabkan rumah tangganya tegang di mana isterinya berasa tidak
senang dengan situasi ‘membaca fikiran’.
Walau
bagaimanapun, kelebihan Charles telah menarik perhatian seorang ‘ahli sihir’
yang tinggal sejauh 3,218 kilometer dari kediaman itu dan menawarkan untuk
membelinya dengan harga £67,000 (RM370,000).
Menurut Dmitry
kepada The
Siberian Times, dia tidak boleh mendedahkan identiti pemilik baharu
Charles kerana ‘ahli sihir’ itu tidak gemarkan wartawan namun hanya memberikan
gambaran kasar tentang wanita tersebut.
“Apa yang boleh saya katakan tentang wanita itu adalah dia seorang
yang agak muda, kemas, berambut perang dan mengayakan pakaian mahal.
“Dia sangat anggun. Wanita itu akan mengembara bersama Charles ke
Novosibirsk dan kami telah membuat pasport veterinar khas buat Charles,” katanya.



0 comments:
Post a Comment