BEIJING – Seorang lelaki dari
Senyang, Wilayah Liaoning China terkejut apabila mendapati kucing peliharaannya
melahirkan anak berkepala dua dan bermata tiga, lapor akhbar tempatan, semalam.
Pemilik kucing,
Xiao Wei, berkata anak kucing itu masih hidup dan berada dalam keadaan sihat
tetapi dia tidak pasti berapa lama anak kucing istimewa itu mampu bertahan.
Wei berkata,
anak kucing itu hanya boleh menyusu menerusi satu daripada mulutnya.
Katanya, dia
yang terkejut dengan keadaan itu, memuat naik gambar di laman sosial Weibo dan
tidak menyangka menjadi ‘viral’.
Netizen yang
turut kagum dengan kelahiran anak kucing istimewa itu berasa lega dan berharap
ia dapat bertahan lama


0 comments:
Post a Comment