IPOH – Dua remaja sanggup harungi
banjir setinggi paras dada semata-mata mahu menyelamatkan enam ekor kucing yang
terperangkap dalam sebuah rumah di Kampung Padang Serai, Beruas.
Menurut laman
berita New
Straits Times, keenam-enam ekor kucing itu terperangkap dalam rumah
berkenaan sejak Isnin lalu apabila keluarga yang tinggal di situ pula
dipindahkan ke sebuah pusat perlindungan sementara.
Tanpa berlengah
masa lagi, Muhammad Faruq Shahbudi, 15 tahun; dan Muhammad Shukri Zulkafli, 20
tahun; bertindak pantas menyelamatkan kesemua kucing itu apabila terdengar
bunyi kucing mengiau dari rumah tersebut.
“Kami terpaksa mengharungi banjir sejauh kira-kira 20 meter dan
air tinggi separas dada untuk sampai ke rumah itu di mana kami menjumpai
kucing-kucing itu berada di siling dan serambi rumah itu,” kata Muhammad
Faruq.
Mereka
pada awalnya terdengar bunyi bising dari sekitar rumah tersebut dan mendapati
beberapa ekor kucing peliharaan sedang cuba berusaha memanjat beranda rumah
bagi mengelak basah akibat terkena air bah.
Haiwan mamalia
berkenaan ketika mula mereka temui kira-kira pukul 4.30 petang Rabu sudah pun
kelihatan kebuluran dan kesejukan sebelum ia segera dihantar ke sebuah pusat
perlindungan banjir yang berhampiran.
“Mudah-mudahan kucing-kucing ini akan dapat bertemu semula dengan
pemilik asal haiwan tersebut,” kata Muhammad Faruq yang dipetik oleh New
Straits Times



0 comments:
Post a Comment