kumpulan peminat
kucing bernama Yishun 326 Tabby Cat telah menyelamatkan seekor
kucing putih yang dibalut dengan pita pelekat di seluruh
tubuhnya.
Kucing tersebut
(yang diberi nama watak dalam siri fantasi, Game Of Thrones, Jon Snow)
telah dilihat berkeliaran di sekitar kawasan kejiranan di Ubi, Singapura
dalam keadaan berbalut sebegitu.
Malah,
gambar-gambar Jon Snow tular di Facebook setelah kumpulan pencinta kucing itu
kongsikan andaian bahawa mungkin kucing itu telah menjadi mangsa tidak sengaja
perangkap pelekat yang biasanya digunakan untuk memerangkap haiwan kecil
seperti tikus.
Bagaimanapun,
ada juga netizen yang berpendapat mungkin Jon Snow telah menjadi
mangsa penyeksaan haiwan yang semakin berleluasa di Singapura kini.
Pada
hari berikutnya, kucing malang itu telah dibawa ke hospital
Veterinari Mount Pleasant untuk membuka pita pelekat tersebut.
Namun ia
bukanlah satu kerja mudah kerana haiwan tersebut berasa sakit setiap kali
disentuh doktor haiwan. Oleh itu, mereka telah mengambil keputusan
untuk memberi Jon Snow ubat pelali bagi mengurangkan kesakitan semasa
prosedur pembukaan pita pelekat itu dilakukan.
Kumpulan pakar
veterinar itu yakin kucing tersebut sememangnya mangsa penyeksaan pesalah laku
yang tidak berperikemanusiaan.
Apa-apa pun,
Jon Snow kini semakin sihat dan dalam keadaan selamat. Kasihan dia!



0 comments:
Post a Comment