KESIAN kucing ni, menjadi mangsa
kekejaman manusia. Bayangkan bagaimana sakitnya kucing itu apabila ia dicacah
dengan tatu oleh tuannya, Aleksandr.
Kucing itu,
yang digelar Demon adalah jenis Sphynx, iaitu kurang bulu. Demon telah disuntik
dengan ubat pelali sebelum empat tatu dengan ukiran ala-ala gangster telah
dicacah di badannya.
Tatu itu
memaparkan bentuk bangunan penjara, kad dan rokok, iaitu tatu yang sering
dilihat di kalangan penjenayah di Rusia.
Tindakan
Aleksandr itu telah dikecam ramai namun dia mempertahankan tindakannya itu
dengan membandingkan binatang ternakan di ladang.
“Sudah tentu saya berasa kesian padanya tetapi ia mempunyai kulit
yang berbeza jadi tatu akan menjadikannya berbeza.
“Saya harap ia tidak terlalu teruk untuknya dan ini bukan tatunya
yang pertama. Biasanya dia akan cepat sedar dari ubat pelali itu,” kata Aleksandr.
Bagaimanapun
aktivis binatang, Yelizaveta Skorynina yang membidas tindakan Aleksandr
berkata, walaupun ubat tersebut menghentikan pergerakan kucing namun otaknya
masih berfungsi dan jika dilakukan dengan kerap, ia boleh menjejaskan jantung
kucing terbabit.



0 comments:
Post a Comment