MARI berkenalan dengan Matilda, seekor kucing comel dengan mata serupa ‘alien’ atau makhluk asing. Matilda kini menjadi idola baru menerusi Internet.
Kucing dengan mata yang besar itu mempunyai kira-kira 500,000
pengikut atau followers di laman Instagram.
Portal berita The
Huffington Post melaporkan, Matilda mempunyai keadaan mata
yang tidak normal. Anak matanya melebar sehingga mencapai saiz yang tidak normal
dengan cara badannya membesar.
Pada mulanya,
hanya satu bola mata Matilda yang menunjukkan kelainan. Namun ketika
berusia dua tahun, kedua-dua matanya hampir buta. Matanya hanya memberi reaksi
kepada cahaya dan pergerakan mudah.
Menurut pemilik Matilda, Meghan, keadaan kucingnya itu turut
membingungkan beberapa doktor haiwan. Selain itu, Matilda juga mengalami
glaukoma yang memburukkan lagi penglihatannya.
“Kami masih
tidak pasti kenapa matanya boleh membesar,” kata Meghan. Struktur kolagen Matilda
disyaki mencetuskan keadaan tidak normal dalam matanya.
Walaupun matanya bermasalah, Matilda tetap ceria. Bahkan
gerak-gerinya tidak kelihatan seperti seekor kucing yang hampir buta. Dan
nampaknya kelucuan Matilda berjaya mengundang simpati dari orang ramai yang
menyumbang kepada dana rawatannya.
Sejak bersinar
menerusi Instagram dan laman peribadi yang dibuat oleh Meghan, Matilda sudah
menjalani siri prosedur perubatan yang diperlukan. Namun demikian Matilda
masih perlu menjalani beberapa prosedur lanjutan.





0 comments:
Post a Comment