SEEKOR kucing jalanan kembali ‘tersenyum’ setelah mengalami patah rahang
akibat dilanggar kereta pada Oktober tahun lalu.
Si comel yang diberi nama Duchess itu diselamatkan oleh Crystal Tate,
20, dan kisah hidupnya kini menjadi perhatian pengguna laman Facebook.
Tate merupakan pembantu doktor di Hospital dan Klinik Haiwan Adobe di El
Paso, Texas, Amerika Syarikat.
Menurut
Tate, pertama kali melihat Duchess keadaannya sangat kurus di mana mulutnya
sedang mengalami proses penyembuhan dan salur makanan baru sahaja ditanggalkan.
Tambah wanita
itu, dia jatuh cinta dengan Duchess apabila melihat mata si comel itu penuh
kesedihan dan mengharap belas kasihan lalu membawa haiwan malang itu pulang ke
rumahnya.
Katanya,
walaupun peluang hidup sangat tipis namun Duchess berjaya mengharunginya.
Banyak perubahan berlaku pada si comel itu, yang mulanya kelihatan letih dan
tidak bermaya sebelum berubah menjadi seekor kucing yang lincah.
Jelas Tate
lagi, proses penyembuhan itu mengambil masa sebulan. Kini hanya tinggal rahang
bengkok sahaja, yang menjadikan Duchess seekor kucing dengan senyuman yang
unik.
“Teringat pulak
kucing sy stokin namanya sbb tompok hitam dkt kaki dia.. Comel.. Hehe. . Abg
bwk balik dr tempat keje die katenye sian tgk keadaan stokin yg buta sebelah
dan sakit masa tu.
“Kurus n kotor
sgt.. Allahu sebak jgk.. Terus masa tu pegi beli botol susu n bg minum. Lap
badan dia n bwk pegi vet. Alhamdulillah lama kelamaan dh jd kucing yg sihat dan
aktif.. Tp.. Stokin dah x de dah



0 comments:
Post a Comment