Pernah dengar mitos kononnya kucing punyai sembilan nyawa?
Kalaulah ia benar, maka kemungkinan besar seekor kucing di Suffolk,
England mungkin sudah menggunakan satu daripadanya.
Bayangkan.. kucing ini ditemui masih hidup selepas tersilap masuk ke
dalam salah satu kotak yang dipos dari Suffolk, Virginia dan mengambil masa
selama sebulan sebelum tiba di Hawaii.
Sepanjang tempoh sebulan berkenaan, kucing yang diberi nama Mee Moowe
oleh tuannya ini tidak makan mahu pun minum.
Menceritakan semula peristiwa ajaib ini kepada portal berita Wavy.com,
tuan Mee Moowe, Ashley Barth menyatakan kucingnya itu didapati hilang September
lalu ketika pihak yang diupah sibuk mengemas barangan milik keluarganya yang
akan berpindah ke Hawaii.
Rupa-rupanya ketika itu Mee Moowe telah termasuk ke dalam salah satu
kotak sebelum tiba di kediaman baru keluarga tersebut, 36 hari kemudian.
Barth berkata, dia membuka salah satu kotak yang dihantar ke rumahnya selepas
sayup-sayup terdengar bunyi ‘meow’. Selepas kotak terbuka, kelihatan
kucing kesayangannya yang kurus kering hingga tak mampu berjalan berada di
dalamnya.
Mee Moowe segera dibawa kepada doktor haiwan yang mengesahkan kucing itu
mengalami simpton kebuluran.
Menurut Barth, doktor haiwan memaklumkan bahawa amat suka untuk menerima
hakikat kucing tersebut telah hidup tanpa makanan dan minuman selama 36 hari
meskipun ia tidak mustahil. – MYNEWSHUB.CC


0 comments:
Post a Comment