BETULLAH kot mitos yang mengatakan kucing ada sembilan nyawa.
Macam yang jadi semalam, hayat seekor kucing peliharaan sebuah keluarga
di Klang masih panjang apabila diselamatkan pihak bomba selepas terperangkap
hampir 24 jam dalam saluran paip di kediaman pemiliknya.
Memetik laporan Harian Metro, kucing betina baka siam
itu dikatakan masuk ke saluran paip di kawasan garaj kereta sejak kelmarin namun
gagal keluar.
Menyedari binatang kesayangan mereka tersekat, keluarga tersebut lantas
menghubungi pihak bomba bagi mengeluarkannya.
Pihak bomba terpaksa memecahkan simen di bahagian garaj menggunakan alat
yang dibawa sebelum mengeluarkan kucing itu dan operasi tamat selepas kira-kira
20 minit.


0 comments:
Post a Comment