TANPA disangka, seekor kucing
secara tidak sengaja telah menjadi bintang televisyen dan media sosial selepas
ia merayau-rayau di dalam studio ketika rancangan “Good Morning Denizli“.
Program bual
bicara tersebut yang dihoskan oleh Kudret Çelebioğlu, disiarkan secara langsung
oleh stesen televisyen DRT, di Turki.
Pada mulanya
kucing itu sesat dan berdiri di atas kerusi hingga mengganggu Kudret. Ia
kemudian naik ke atas meja dan memandang kamera seolah-olah ia merupakan
penyampai bersama rancangan terbabit.
Kucing itu
kemudiannya duduk di atas komputer riba Kudret, yang ketika itu sedang
membacakan tajuk-tajuk utama akhbar tempatan.
Pada masa sama
Kudret memberitahu penonton terdapat tetamu yang mengejutkan di studio dan
memaklumkan dalam keadaan cuaca sejuk itu, kucing tersebut sudah pasti lapar.
Menurut Kudret,
orang ramai sepatutnya memberi makan dan menjaga kucing terbiar yang berada di
jalanan. Dia kemudiannya meminta bantuan penolong pengarah studio untuk
mengalihkan kucing terbabit dari studio.
Kucing tersebut
telah diberikan nama Hüsnü dan dilaporkan telah dipelihara oleh salah seorang
kakitangan stesen televisyen terbabit.
kini
berjaya menjadikan pujaan hati netizen dan mereka turut memuji tindakan Kudret
yang tidak halau kucing berkenaan sebaliknya membiarkan binatang itu duduk di
atas komputer ribanya.


0 comments:
Post a Comment