GENEVA – Seorang lelaki yang
tersesat jalan semasa meneroka kawasan pergunungan di Switzerland tidak
menyangka dia akan ‘terhutang budi’ dengan seekor kucing.
Ini kerana
hasil ‘bimbingan’ si comel berbulu hitam dan putih itu, lelaki warga
Hungary tersebut berjaya kembali ke asrama tempat dia menginap, menurut laman
berita Daily
Mail.
Menceritakan
kisah luar biasanya menerusi laman Reddit, lelaki itu berkata
dia tersesat jalan di kawasan pergunungan di kampung kecil Gimmelwald, apabila
terserempak dengan kucing yang manja itu di tepi bukit.
“Saya memeriksa peta saya untuk melihat bagaimana saya dapat
kembali ke asrama itu, dan satu-satunya caranya ialah menerusi satu laluan yang
sudah ditutup. Di situlah saya jumpa kucing yang cantik itu.
“Ia lihat saya semasa saya sedang makan snek dan berehat
memandangkan buku lali saya terseliuh. Sebaik sahaja bangun, kucing itu mula
bimbing saya ke sebuah laluan,†tulis pengguna Reddit menggunakan nama sc4s2cg itu.
Malah, katanya
lagi, kucing yang manja itu asyik memandang ke arah dia dan merenungnya
seolah-olah meminta dia mengekorinya, menurut laman Daily Mail. Dengan bantuan
kucing tersebut, beliau berjaya turun ke lembah gunung dan kembali ke
asramanya.
Lebih unik,
menurut laman berita tersebut, pelancong lain yang turut mengunjungi kawasan
yang sama malah ada berkongsi gambar dan kisah mereka dengan kucing yang sama.
Kucing itu
sebenarnya milik pasangan yang mengendalikan sebuah asrama berhampiran kawasan
itu dan kerap berjalan bersama-sama para pelancong di kawasan tepi gunung



0 comments:
Post a Comment