SYDNEY – Kisah Bailey, anjing
polis yang dengan berani mengusir seekor singa laut ganas dari Muzium Maritim
Sydney di sini baru-baru ini menarik perhatian penduduk di seluruh Australia.
Namun ternyata
di sudut bandar kecil Redfern yang berjarak tiga kilometer dari pusat bandar
raya Sydney, Pasukan Peronda Kucing Ed tidak banyak diketahui kewujudannya;
menjalankan tugas memburu penjenayah durjana.
Stesen Perbadanan
Penyiaran Australia (ABC) dalam program mereka iaitu ABC
News pada 15 September  lalu mendedahkan mengenai tugas
seekor kucing polis berbulu perang yang diberi nama Ed dalam pasukan tersebut.
Ia tanpa rasa
takut berjaya menjadikan kawasan pentadbiran markas ibu pejabat polis Mounted
Sydney itu bebas daripada ancaman tikus jahat yang menjejaskan ketenteraman
awam dan kehidupan penduduk selama ini.
“Kami memutuskan amat memerlukan kucing untuk membantu dalam
mengawal haiwan perosak di markas kami,” kata Sersan Kylie Riddell ketika
diwawancara secara eksklusif oleh wartawan ABC Sydney, Robbie
Buck.
Ia cukup berani
diri di luar gerbang besi yang memisahkan dirinya dan rakan-rakan sesama polis
di kota Sydney. Ed baru-baru ini dijadikan anak angkat oleh teman seorang
anggota polis ketika tengah mencari tempat tinggal tetap.


“Kami ada pasukan kuda di sini jadi kami fikir kenapa tidak kami
juga ada pasukan kucing? Ia akan berjalan dengan angkuh melewati semua
polis yang sedang mendapatkan arahan untuk tugas mereka sehari-hari,†kata Riddell.
“Setelah itu kucing betina ini akan bertugas meronda di sekitar
kandang, manakala ramai kucing jantan bersiul cuba menggodanya. Dan biasanya
setelah itu, waktunya tidur adalah sepanjang siang,” tegas beliau lagi.
Sayangnya
menurut Buck, Ed terbukti agar sukar diatur untuk sesi wawancara. Kucing
pemburu tikus itu kini sebaliknya menjadi objek yang diburu ramai wartawan
tempatan bagi mendapat kisah pengalaman hidupnya.
“Lazimnya gudang jerami kuda adalah tempat pertama yang saya
datang ketika mencari dia, Ed suka tidur di atas jerami,” kata Riddell yang
merujuk tempat kegemaran kucing itu melepak santai adalah di kerusi jentera forklift.
Pada akhirnya,
Ed berhasil ditemui oleh Riddell antara jerami kuda. Ia menguap meow seketika,
sebelum bergegas untuk menjalankan kembali tugas rutinnya sementara menanti
kedatangan tikus – iaitu tidur.
“Saya jangka dia amat suka bangun tidurnya ketika pertengahan pagi
nanti,” kata Riddell memuji kucing berusia dua tahun tersebut yang
dianggap anggota rasmi pasukan polis New South Wales



0 comments:
Post a Comment