KITA selalu dengan tentang
perumpamaan bahawa kucing mempunyai sembilan nyawa. Namun sama ada ianya fakta
atau mitos masih lagi tiada kajian tepat mengenainya.
Pun begitu,
seekor kucing di Turki membuktikan dia mempunyai lebih daripada satu nyawa
apabila kembali bernafas setelah diberi rawatan CPR. Kedengaran aneh, bukan?
Menurut laman Daily
Mail, kucing berkenaan mulanya terkena serangan jantung menyebabkan
dia tidak sedarkan diri selepas terperangkap di pintu automatik di sebuah
hospital tempatan.
Bagaimanapun,
atas kepantasan para doktor hospital berkenaan yang bergegas di tempat kejadian
itu, nyawa kucing tersebut berjaya diselamatkan.
Rakaman video
berdurasi 54 saat itu sekali gus tersebar menjadi viral.
Menerusi
rakaman itu, kucing berwarna putih berkenaan dilihat terlantar tidak sedarkan
diri sementara para doktor memicit-micit dada.
Ajaibnya, 30
saat kemudian, kucing berkenaan dilihat kembali bernafas dan para doktor
segera memeriksa denyutan nadinya.
Setelah
mendapati denyutan nadi kucing berkenaan masih lemah, doktor terus
menerus melakukan CPR pada si comel itu sehingga keadaan menjadi normal.
Difahamkan,
kucing berkenaan yang dipercayai kucing jalanan telah pulih seperti biasa


0 comments:
Post a Comment