Bukan mahu bercerita tentang perkara tahyul apatah lagi mahu
menakut-nakutkan. Tetapi hanya orang yang pernah mengalaminya sendiri akan
betul-betul faham dan peka tentang perkara ini.
Ilmu-ilmu hitam
yangn melibatkan peranan jin, syaitan dan iblis ini bukanlah mitos.
Sedangkan di dalam Al-Quran sendiri pun ada diceritakan tentang makhluk-makhluk
ini. Kejahatan manusia pula bukan lagi rahsia, kalau tidak, pastinya tiada
penjara di dalam dunia ini.
Salah satu cara orang-orang jahat, hasad, dan tidak beriman mahu
melunaskan hajat dan kehendak hati jahatnya dengan melalukan sihir yang
bertujuan untuk mendapatkan kasih atau membuat binasa kepada seseorang adalah
semudah memberi gambar atau nama. Jadi siapa di sini yang tidak upload langsung gambarnya di Facebook? Siap letak nama penuh
diri, mak, ayah, suami dan anak lagi.
Tetapi, nama penuh seseorang ber-bin atau ber-binti kepada nama
emak ini paling kuat dan mustajab. Jadi adalah selamat sekiranya tidak menjaja
nama penuh anak atau suami atau diri sendiri di Facebook. Kita tidak tahu siapa
sahabat, siapa kawan makan kawan, siapa lawan.
Mungkin hari ini anak kita masih bayi. Tapi masa berlalu terlalu
pantas. Anak akan menjadi dara dan teruna. Keturunan penyihir turut menurunkan
ilmunya seawal usia kepada anak2 mereka pula. Tambahan pula kalau anak kita
berupa dan cerdik sikit dari mereka2 ini. Orang yg berhajat, tidak sukar untuk
mereka stalk dan mencari gambar di
Facebook dan tandakan nama yang berkaitan bersama nama ibunya. Maka, minta
simpang daripada berlaku kepada diri kita atau anak-anak kita kelak.
Tetapi, hati orang siapa yang dapat dikawal? Suka, cemburu dan marah boleh
membuat orang lupakan halal haram. Asalkan hajat hati tertunas.
Akan ada puak yang tidak mahu percaya. Betul, kuasa Allah SWT
yang maha agung, maha penyembuh dan maha pelindung. Tetapi kita harus juga tahu
jaga diri dan usaha melindungi diri kita dan keluarga dari fitnah dunia.
Seperti yang
dikata pada awalnya, hanya yang pernah mengalami sendiri akan memahami. Selagi
boleh elak, elaklah. Kerana untuk merawat setelah terkena, boleh jadi makan
tahun. Kerana pihak disana juga tidak akan menyerah dan akan kembali “membalas”
pula. Itu belum lagi kes ditipu pengamal perubatan yg hanya mahu mengikis duit,
sebelum bertemu dengan insan yang benar-benar dapat merawat sakit batin seperti
ini.
Semoga dengan
usaha yang sedikit ini dapat membantu sedikit sebanyak. Ingat, tak semua
butiran perlu dijaja kepada umum. Nama kita, kita pelihara. Kawan-kawan
pun jangan pula sengaja mahu jaja nama orang lain yang tidak dipaparkan.
Hanya guna sahaja nama yang disukai oleh tuan punya akaun. Guna nama
Facebook yang ditunjukkan adalah lebih menghormati kehendak privasi
seseorang.
Jangan tunjuk sangat busuk hati atau karektor bakal ‘kawan makan
kawan’ kita tak tahu apa yang terjadi pada orang lain. Jadi
jangan menjadikan diri kita punca kepada masalah yang dia bakal hadapi.
Jangan sengaja upload butiran kad kawan,
borang masuk insurans yang mengandungi nama penuh dan segala butiran peribadi
dan macam-macam maklumat lagi.
SUMBER :
0 comments:
Post a Comment