Seorang anak yang derhaka kepada ibunya. Dia tidak hanya suka
teriak-teriak di wajahnya, akan tetapi suka mencaci-maki. Ibunya yang telah
tua, seringkali berdoa kepada Allah SWT agar Allah meringankan kekerasan dan
kekejaman anaknya. Dia menjadikan ibunya sebagai pembantu yang membantu dan
menguruskan semua keperluannya, sedangkan ibunya sendiri tidak memerlukan
pengurusan dan bantuannya. Betapa sering air matanya mengalir di kedua pipinya,
berdoa kepada Allah SWT agar belahan hatinya mendapat hidayah sehingga menjadi
anak yang berbakti pada orang tua.
Pada suatu hari
si-anak menemui ibunya dengan raut wajah beram yang terlihat dari colot mata
dan kening yang menyatu. Si-anak berteriak-teriak tepat di wajah ibunya,
“Apakah ibu tak menyiapkan makanan ku?” Dengan segera ibunya mempersiapkan dan
menghidangkan makanan si-anak. Akan tetapi, tatkala si-anak melihat makanan
yang tidak disukai, bukan tetap memakannya, namun malah ia lemparkan ke tanah.
SI-anak marah dan
berkata dengan nada yang kumprang, “Sungguh, aku kena musibah dengan wanita
yang sudah tua renta, aku tidak tahu, kapan aku boleh berlepas diri tua renta
ini.” Ibunya menangis seraya berkata, “Wahai anakku, takutlah kamu kepada Allah
terhadapku. Tidakkah kamu takut kepada Allah? Tidakkah kamu takut akan murka
dan kemarahanNya?”. Kerana mendengar kata-kata ibunya tersebut, maka kemarahan
si-anak pun semakin menjadi, si-anak memegang baju ibunya dan mengangkatnya.
Dia mengguncang-guncang ibunya dengan kuat seraya menghardik, “Dengar, aku
tidak mau dinasihati. Bukan aku yang mesti dibilang harus bertakwa kepada
Allah.”
Kemudian si-anak
melempar ibunya yang telah tua renta itu. Ibunya-pun jatuh tersungkur. Tangis
ibunya bercampur dengan tawa si-anak yang penuh dengan keegoan seraya
mengatakan, “Ibu pasti akan mendoakan kecelakaan bagiku. Ibu mengira Allah akan
mengabulkannya.” Kemudian si-anak keluar rumah sambil mengolok-olok ibunya.
Sementara sang ibu, ia berlinangan air mata kesedihan, menangis siang dan malam
tiada henti.
Adapun anaknya, dia pergi menaiki keretanya. Bergembira dan
bersuka cita sambil mendengar muzik yang ia anggap keselesaan dalam hidupnya.
Si-anak melaju dengan kereta yang ramai kerana suara muzik. Dia lupa akan apa
yang telah dia perbuat terhadap ibunya yang sejak kecil merawat, membesarkan
dengan kasih sayang. Dia meninggalkan ibunya dalam keadaan bersedih hati
sendirian, hatinya menelan rasa sakit, mengalami kesedihan yang sangat
mendalam.
Tatkala keretanya
melaju di jalan raya dengan kelajuan membabi buta, tiba-tiba ada seekor haiwan
berada di tengah jalan. Dia terguncang dan kehilangan keseimbangan. Dia cuba
untuk mengawal keadaan, akan tetapi tidak ada jalan keluar dari takdir.
Celakalah, kereta yang memecut dengan kelajuan tinggi tersebut terjunam,
merungsuk keluar jalan, tanpa ia sedari, ada potongan besi mobil yang masuk ke
dalam perutnya, tetapi dia tidak seketika kehilangan nyawanya. Allah SWT
menangguhkan kematiannya. Dia berpindah dari operasi satu kepada operasi yang
lain, hingga akhirnya terbaring di tempat tidur, tidak boleh bergerak sama
sekali. (Aqibah Uquq al-Walidain, hal. 69-71.)
Dikutip dari
karangan Ghalib bin Sulaiman bin Su’ud al-Harbi. Edisi terjemah cet. Pustaka
Darul Haq Jakarta.
0 comments:
Post a Comment