Anda pernah melihatkanak-kanak kecil memakai loceng di kaki?
Kebiasaanya wanita jika kita lihat, masyarakat melayu sering memakaikan anak
perempuannya dengan loceng di kaki. Sebagai contoh bagi orang dewasa, lelaki
atau perempuan hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung
dengan bukan mahram seperti di tempat kerja. Bukan terletak semata-mata ke atas
loceng di kaki sahaja.
Paling utama
dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain
yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng
itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk
berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata carapemakaian dan
pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.
Itu sebabnya
memakai loceng kaki bagi wanita dihukum HARAM jika bertujuan sedemikian dan
pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran
menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam
iaitu :
“Dan katakanlah
kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka
(daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah
mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami
mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka
yang lelaki, atau anakbagi
saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,
atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan
tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi
tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk
diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang
beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): 31)
Dalam ayat ini,
kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang
berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.
Islam melarang
perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan
diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak
perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus. Ia
tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian
lelaki dan usianya masih kecil.
0 comments:
Post a Comment