SEGAMAT – Kami
tidak pernah rasa terbeban memelihara kucing ini, bahkan ada saja rezeki datang
bergolek untuk mereka dan kami berdua, kata Esah Mansur, 80, yang berkongsi
kisah hidupnya memelihara puluhan kucing gelandangan di rumahnya di Kampung
Tekam di sini, semalam.
Sifat penyayang dan prihatin terhadap nasib haiwan berkenaan
menyebabkan kediaman warga emas itu bersama adiknya, Fatimah Mansur, 70, yang
duduk berjiran kerap didatangi haiwan berkenaan silih berganti bagi mendapatkan
perlindungan sementara.
Bahkan perasaan sayang terhadap haiwan itu menyebabkan kedua-dua
pasangan adik-beradik itu mengasingkan sebahagian wang bantuan RM300 yang
diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan untuk makanan
haiwan peliharaannya.
Meskipun sedar kekuatan diri terbatas, kedua-dua beradik warga
emas yang berstatus ibu tunggal itu tetap menggagahkan diri menyambung kasih
kepada haiwan berkenaan sejak kehilangan suami masing-masing belasan tahun
lalu.
Esah yang juga kakak berkata, dia dan adiknya melalui perjalanan
hidup yang hampir sama dengan masing-masing kehilangan suami.
Suami kami meninggal dunia
sejak belasan tahun lalu, kami menetap berjiran, mengalami sakit urat saraf di
bahagian kedua-dua kaki, bahkan penerima bantuan JKM Segamat dan paling
penting, kami amat sayangkan kucing.
Sebab itu, kami tidak
berkira soal makanan haiwan ini, malah sanggup mengasingkan sedikit jumlah wang
bantuan JKM RM300 pada setiap bulanan bagi membeli makanan kucing gelandangan,
selain menampung kos ubat haiwan itu, katanya.
Katanya, tanpa mengira masa ada saja kucing datang ke rumahnya
menyebabkan dia dan adiknya memastikan haiwan berkenaan tidak kelaparan.
Sebab itu, kami tidak
pernah culas memberikan makanan pada waktunya,katanya berkongsi
pengalaman menjaga kucing berkenaan.
Katanya, menghairankan ratusan ekor kuncing gelandangan muncul
secara tiba-tiba berkeadaan kurus kering dan tidak sihat ke rumah mereka.
Selepas diberikan makanan
dan rawatan untuk beberapa hari, kucing ini akan menghilangkan diri seolah-oleh
mengetahui keadaan kehidupan kami yang amat sederhana, katanya.
Bagaimanapun, katanya, 20 kucing jantan dan betina yang mencecah
usia lima tahun masih kekal menetap bersamanya.
Kucing ini akan silih
berganti daripada generasi ke generasi dan jika tidak di kediaman saya, ia juga
akan tinggal di kediaman adik.
Sebagai balasan kucing ini
akan bertindak sebagai penjaga kami itu sejak belasan tahun lalu termasuk
ancaman haiwan berbisa dari belukar berhampiran, katanya. – myMetro
Online


0 comments:
Post a Comment