Batu Pahat : Tiada siapa yang
meminta untuk lahir kedunia ini hanya untuk dibuang dan di dera hingga mati.
Ini lah nasib adik Muhammad Al fateh Abudullah baru berusia
hampir 2 tahun belum mengenal apa-apa erti kehidupan dilahir kedunia oleh ibu
kandung namun dibuang ibu akibat masalah peribadi dalam keluarga.
Fateh diserahkan kepada keluarga angkat dengan berat hati
mengharapkan sedikit simpiti pada keluarga yang mengambil Fateh sebagai anak
angkat dengan mengharapkan fateh dapat dijaga seperti anak sendiri.
Namun jalan hidup fateh amat perit dan sukar bila hidup nya
dijadikan mangsa kejam manusia berhati binatang didera dengan kejam pada badan
dengan kesan lebam.
Sehinggalah diri nya nazak nyawa nyawa ikan dihantar ke hospital
oleh keluarga angkat untuk menerima rawatan namun setelah bertarung nyawa dia
hingga hembus nafas terakhir.
Siapa yang akan disalahkan
dalam kes ini ibu fateh amat sedih anak nya maut didera dan merasa tekilan apa
yang berlaku setelah dirinya membuang fateh dalam hidupnya diserahkan kepada
orang lain.
Ini kata nya ” Maafkan ibu Fateh, kalau tahu begini nasib
kamu, ibu akan mencuba sedaya upaya untuk menjaga kamu dahulu “.
“Saya sudah amanahkan mereka (ibu dan bapa angkat) untuk menjaga
dan memberinya kasih sayang dengan sempurna tetapi tak sangka ini balasan
mereka kepada saya.
Itu luahan ibu kandung arwah adik fateh kita boleh nilaikan
sediri perasaan nya yang mana dia kini sarat mengadung 7 bulan apa lah nasib
pada kandungan dan bayinya akan lahir nanti semoga tidak menjadi seperti nasib
fateh.
Ini pula luahan wanita yang merupakan ibu angkat fateh juga
sedih apa yang berlaku dia meluahkan perasaan nya dilaman sosial nya pada
11 julai lalu.
“Ya Allah..hebat sungguh ujian mu buat hambamu..semoga aku tabah
menjalaninya,” katanya.
Suspek juga memuat naik gambar anak angkatnya itu dan luahan
hatinya mengenai Muhamad Al Fateh yang dihina orang sekeliling selain dibuang
ibu kandungnya, 11 Januari lalu.
“Bersabarlah wahai sayang, walaupun kau dibuang ibu kandung
sendiri, dihina orang sekeliling tetapi aku akan cuba melindungi kau.
“Maafkan aku jika ada kekurangan yang tidak dapat aku tunaikan
dalam kesibukan, padahal aku sendiri, semoga Allah SWT melindungi kau wahai
anak yang tidak berdosa,” katanya.
Muhamad Al Fateh yang disyaki didera keluarga angkatnya
meninggal dunia, jam 12.45 tengah hari semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNI.
Kesimpulan dalam hal ini tiada siapa mengaku salah keatas apa
yang berlaku sehingga adik fateh maut dengan cara yang amat tragis.
Semoga semuanya akan terungkai, jasad sikecil Al fateh selamat
disemadikan semoga diri nya tenang disana setelah menderita sepanjang hayat
didunia. Al fatihah








0 comments:
Post a Comment