PELAKON Rozita Che Wan atau Che
Ta sering kali melancong ke luar negara dan antara destinasi pilihannya ialah
kota London.
Kalau diikutkan
tahun ini sahaja, Che Ta dan keluarga sudah beberapa kali menjejakkan kaki ke
kota Big Ben itu.
Dan baru-baru
ini pun, Che Ta ada berkongsikan gambarnya sedang melancong ke sana di laman
Instagramnya, namun yang kelakarnya ada seorang pengikutnya, @BenAli yang juga
merupakan seorang pelakon, mengatakan background gambar Che
Ta kelihatan seperti diambil di sekitar pusat beli-belah di Aman Central Mall,
Kedah.
Melihatkan
komen itu, Che Ta secara bergurau membalas sapaan itu dengan menulis, “Dajeeee
Hampa”.
‘Dajee hampa’
merupakan loghat Kedah yang bermaksud ‘pedajal awak ni’.
Haha, ada-ada
sahaja modal followers Che Ta ni nak menyakat aktres
yang dikenali memang cukup sporting dan cool ni!
– MYNEWSHUB.CC



0 comments:
Post a Comment