PUTRAJAYA – Harga runcit siling
bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac lalu, dan bagi tempoh
seminggu berikutnya menyaksikan semua jenis minyak kekal untuk julung kalinya.
Ia memang
dijangka ekoran kepegunan stok bekalan minyak mentah di pasaran antarabangsa
susulan tindakan beberapa negara mengawal pengeluaran mereka, sekali gus
menyaksikan permintaan dan penawaran stabil.
Menurut laporan Berita
N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5
petang Rabu, harga siling terbaharu produk minyak RON 95 masih lagi kekal
kepada sebanyak RM1.97 seliter, sama seperti kadar sebelumnya.
Manakala had harga
runcit untuk petrol premium jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula
telah ditetapkan stabil kepada RM2.22 seliter, turut tidak berubah langsung
dibandingkan seminggu sebelumnya.
Dalam pada itu,
harga runcit baharu untuk minyak diesel dalam tempoh tujuh hari yang sama juga
diumumkan kekal sama RM1.96 seliter iaitu turut tiada pergerakan ketara sebagai
mana tempoh minggu sebelumnya.



0 comments:
Post a Comment