JAKARTA – Penduduk Padangjaya,
Kecamatan Majenang, Kabupaten Cilacap, Wilayah Jawa Tengah gempar dengan berita
dahi seorang bayi yang memaparkan kalimah Allah dalam tulisan Arab.
Media tempatan
melaporkan, bayi tersebut merupakan anak kepada pasangan Heriyono dan Tika
Fia Diansari yang dilahirkan di sebuah hospital di bandar Majenang, terletak
kira-kira 321 kilometer dari ibu kota Indonesia, Jakarta.
Menurut bapa
bayi lelaki yang belum diberikan nama itu, kalimah di atas kening tersebut
hanya disedarinya secara kebetulan dan pada mula disangka sekadar tanda lahir
biasa atau dalam bahasa tempatan disebut sebagai toh.
“Subhanallah,
ternyata setelah diperhatikan, kening anak saya ada lafaz Allah,” terang
Heriyono, 27, kepada media. Isterinya yang baru berusia 23 tahun itu juga
dilaporkan terkejut dengan kemunculan kalimah unik berkenaan.
Lebih menarik
lagi apabila perkataan tersebut tampak bertambah jelas sekiranya dibacakan
beberapa ayat suci al-Quran atau diperdengarkan suara azan dari sebuah surau
yang berhampiran dengan rumah keluarga berkenaan.
“Ketika kami
berada di Mulyasari, tujuh kilometer dari Padangjaya, kebetulan dekat juga
dengan sebuah musola dan apabila kedengaran suara ngaji atau seruan azan, tanda
di keningnya semakin kelihatan jelas,” ujar Heriyono lagi.
Beliau mendakwa
tidak mendapat apa-apa mimpi atau petunjuk sebelum kelahiran anaknya itu, namun
sebaik tahu Tika Fia hamil, Heriyono mengaku sering membacakan ayat al-Quran
dekat perut isterinya dengan suara lembut.
Malahan
lelaki tersebut yang merupakan seorang guru sandaran di Sekolah Dasar Negeri 3
Boja Kecamatan Majenang itu cuba berkomunikasi dengan anaknya yang masih lagi
dalam kandungan sehingga dilahirkan.
“Saya baca dan
cuba juga cari kedudukan anak saya, memang dalam kandungan pun anak kita sudah
dapat berkomunikasi. Maka saya membaca al-Quran, ingin anak saya lahir soleh
atau solehah,” ujar Heriyono.
Surah yang
lazim diperdengarkannya ialah Surah Al Waqi’ah dan ketika membaca surah ke-56
dalam al Quran itu, perasaannya menjadi amat tenteram. Selain itu, dia turut
kerap membacakan Surat Yusuf pada bakal bayinya.
“Bagaimanapun
kalau Surat Yusuf, saya hanya baca kadang kala sahaja. Yang rutin (selalu) itu
Surah Al Waqi’ah,” jelas bekas pelajar Pondok Pesantren Al Ishlah di Bandung,
Jawa Barat itu apabila membuka cerita rahsia tersebut.
Ramai tokoh
agama tempatan dilaporkan mendedahkan banyak kelebihan apabila membaca surah Al
Waqi’ah kerana selain berharap reda Allah, ia dipercayai memiliki keistimewaan
sebagi doa mendapatkan ilmu dan rezeki.
“Saya ingin
anak soleh dan pintar. Mohon doanya ya, mas,” ujarnya yang juga ceria apabila
lulus ujian akhir Sekolah Tinggi Agama Islam Tsufyan Tsauri di Cilacap dan
menerima ijazah bulan depan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



0 comments:
Post a Comment