KUCING gebu ini mungkin antara
kucing peliharaan paling bertuah di dunia.
Mana tidaknya,
kucing yang diberi nama Gandalf ini dilaporkan sudah menjelajah sembilan negeri
di Amerika Syarikat bersama-sama tuannya yang berasal dari Korea Selatan.
Gandalf dan
tuannya sudah melawat banyak tempat menarik di negara Uncle Sam termasuk Golden
Gate Bridge, Hollywood Walk of Fame dan Taman Negara Grand Canyon.
Di setiap
tempat menarik yang dilawati, pasti tuannya akan memuat naik gambar Gandalf
sedang membuat aksi comel lagi keletah.


0 comments:
Post a Comment