ISTANBUL – Seorang imam masjid di
Turki dipuji ramai dan menjadi terkenal menerusi media sosial kerana sering
buka pintu masjid untuk membenarkan kucing jalanan masuk dan berlindung
daripada musim sejuk.
Menurut laporan
akhbar tempatan, Daily Sabah, Mustafa
Efe, imam Masjid Aziz Mahmud Hüdayi di daerah Üsküdar, terkenal bukan
sahaja sebagai seorang rajin dan gemar berjenaka, tetapi juga sayang dengan
kucing.
Imam tersebut
malah memuat naik banyak gambar menunjukkan pelbagai kucing itu melalui laman
Facebooknya, yang antaranya menunjukkan beberapa ekor kucing berada di dewan
solat, dan beliau sendiri mengusap kucing.
Gambar-gambar
itu sudah tersebar luas di seluruh dunia dan menerima banyak pujian khasnya
daripada pencinta kucing antarabangsa, dengan seorang pengguna Facebook
tempatan, Rachel Mellor, turut menulis komen
“Belas ihsan sungguh luar biasa. Semoga Tuhan berkati anda dan
semua rakan anda yang buka hati anda kepada haiwan-haiwan ini iaitu binatang
comel kesayangan baginda Rasulullah SAW sendiri,” kata Rachel.
Beberapa
netizen juga memuat naik gambar kucing ‘berlindung’ di masjid itu, termasuk
gambar kucing bermain dengan tasbih dan kucing yang duduk diam dalam kalangan
jemaah yang sedang khusyuk menunaikan solat.
Mustafa turut
memuat naik rakaman video yang menunjukkan seekor kucing betina dewasa sibuk
mengendong empat ekor anak kecil mamalia itu dengan mulutnya sambil berlari
laju masuk ke dalam masjid tersebut.
Beliau menulis: “Inilah
tetamu masjid kami pada hari Jumaat, satu kejutan semasa khutbah hari ini. Anak-anak
kucing ini sudah menemui nadi kasih sayang dan belas kasihan.”








0 comments:
Post a Comment