Atas
bantuan seekor kucing, rumah milik seorang kerani yang terletak Pangsapuri
Indahria, Jalan Jubli Perak, Batu 3, di sini, terselamat daripada dipecah
masuk, awal pagi Sabtu.
Dalam kejadian
kira-kira pukul 2.50 pagi itu, mangsa dikatakan sedang tidur telah terjaga
selepas mendengar kucing peliharaannya tidak henti-henti membuat bunyi bising
seolah-olah memberi amaran kepadanya.
Pelik dengan
hal itu, mangsa berusia 39 tahun itu kemudiannya bingkas bangun dan membuat
pemeriksaan sebelum mendapati ada seorang lelaki yang tidak dikenali berada di
kawasan balkoninya.
Ketua Polis
Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata, suspek yang
terkejut apabila kehadirannya disedari tuan rumah telah melarikan diri.
“Suspek terus
melarikan diri selepas menyedari kehadiran tuan rumah dan bersembunyi di dalam
rumah sampah di tingkat 6 pangsapuri yang sama.
“Suspek dikejar
dan berjaya ditangkap oleh seorang jiran sebelum diserahkan kepada pihak polis
untuk tindakan lanjut,” katanya.
Tambahnya,
hasil siasatan awal, pihak polis mendapati suspek merupakan pengawal
keselamatan di pangsapuri yang sama yang baharu seminggu bekerja.
Suspek telah
direman untuk disiasat dibawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh


0 comments:
Post a Comment