Mengetahui
suami berlaku curang memang satu perkara yang menyakitkan hati seorang isteri.
Amarah rasa meluap-luap hingga ada yang bertindak menyerang suami di tempat
kerja dan hilang hormat padanya.
Tapi usah bertindak seperti orang hilang pertimbangan. Kelak anda sendiri akan dipandang rendah. Sebagai wanita matang dan bijak, ini yang perlu anda lakukan saat mengetahui suami berlaku curang.
1. Terima hakikat dan kawal emosi
Kenyataan tetap kenyataan, anda tetap perlu berhadapan dengan kecurangan yang dilakukan. Ada sesetengah wanita yang sukar menerima kecurangan suami kerana perkara itu memang menjadi fobia dalam perkahwinan. Lakukan apa saja untuk menyakiti hatinya tapi jangan berlaku curang. Sesungguhnya memang sukar tapi inilah realiti yang perlu diterima.
Ketika mendapat tahu berita kecurangan pasangan, anda mungkin merasa begitu lemah sekali, sakit hati, terasa dikhianati, marah dan ingin membalas dendam. Ini adalah respon normal setelah mengetahui ketidakjujuran dilakukan pasangan. Anda sendiri memang layak untuk marah dan juga berasa sakit hati.
Tidak dinafikan ada wanita mengambil masa yang lama untuk meredakan perasaan ini. Tapi apapun yang anda lakukan cuba untuk tidak bertindak berlebihan pada keadaan ini. Berfikirlah tentang baik dan buruk tindakan anda sebelum melakukannya.
2. Mencari sokongan
Dalam hal ini rakan dan keluarga selalunya menjadi tempat anda mengadu nasib. Tapi sebelum anda berbuat demikian, hati-hati rakan yang anda ajak untuk berbicara tentang kecurangan suami. Kesilapan memilih rakan kadang kala memakan diri sendiri. Apatah lagi jika rakan itu jenis suka membawa mulut dan membesar-besarkan cerita yang ada.
Carilah sokongan daripada orang yang anda percayai dan kenali luar dan dalam. Selain itu pastikan juga rakan yang anda pilih adalah seseorang yang dapat memberi sokongan dan pendengar yang baik. Bukannya memperdebatkan kembali apa yang anda katakan.
3. Tidak menyalahkan diri sendiri
Ada wanita yang menyalahkan diri sendiri bila suami berlaku curang. “Aku tak layan dia dengan elok”, "aku bukan isteri yang baik" dan "aku tak membahagiakan dirinya" adalah antara ayat yang mungkin keluar dari wanita ini. Hentikan semua ini kerana yang berlaku curang bukan anda tapi dia! Kecurangan adalah petanda besar bahawa sesebuah perkahwinan itu bermasalah.
Oleh itu adalah penting anda tidak menyalahkan diri sendiri dalam hal ini. Sudah tentu ia bukan berpunca dari anda seorang. Bahkan jika pasangan anda berasa tidak gembira dengan perkahwinannya kecurangan bukanlah jalan keluar atau penyelesaiannya. Masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk memperbaiki rumah tangga dan bukannya dengan mencari pasangan lain.
4. Pertimbangkan pilihan secara rasional
Kecurangan suami sememangnya sesuatu yang cukup menyakitkan hati. Kalau diikutkan hati yang marah dan sakit anda tentu mahu memutuskan saja hubungan. Biar hidup sendiri dari terus memakan hati. Tapi ingat jangan membuat keputusan mengikut emosi marah. Berikan masa untuk perasaan anda kembali tenteram.
Selepas itu fikirkanlah pilihan anda. Mahu cuba kembali, bermadu ataupun berpisah? Namun begitu, perpisahan seharusnya menjadi perkara terakhir dalam fikiran anda terutama sekali jika telah dikurniakan cahaya mata.

0 comments:
Post a Comment