Lelaki… Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan
cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.
Seandainya
si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu
bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi
menguji kesetiaan yang dibina.
Tidak
dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam
mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama
teman wanitanya.
Yang
pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda
layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.
1. Adakah si dia materialistik?
Sering
menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira
dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.
Mengajak menikmati hidangan
yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak
keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera.
Anda lulus.
2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita
apabila diuji tahap cemburu
Sesetengah
golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu
kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:
Mengenalkan kepada kamu bekas
teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa
menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.
Menelefon wanita lain di
hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap
tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.
3. Hubungan bekas teman lelaki
Rasa
ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia
mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:
Bertanyakan khabar bekas teman
lelaki
Reaksi kamu: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.
Reaksi kamu: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.
Reaksi kamu: “Kenapa
saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah
dimiliki”. Anda lulus.
Adakah kamu masih menjalinkan
hubungan dengannya?
Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: “Kami
masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.
4. Mengukur tahap kesetiaan
Demi
menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:
Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi
si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.
Meminta bantuan temannya untuk
menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak
godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda
lulus.
ps: Pernahkah anda menguji
pasangan anda dengan perkara-perkara di atas? Jika ya, apakah reaksi mereka?


0 comments:
Post a Comment