SATU rakaman video yang
menunjukkan seekor anjing gembala Jerman cuba membantu seekor anak kucing naik
tangga mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen di Amerika Syarikat (AS).
Anjing bernama
Tennyson pada awalnya menaiki tangga sendiri. Namun di belakangnya ada seekor
kucing kecil berwarna hitam belang putih bernama Moo turut mengikutinya.
Bagaimanapun,
Tennyson kemudian berhenti dan melihat sama ada Moo boleh menaiki tangga atau
tidak seperti dirinya. Lalu terdengar suara seorang wanita yang mengambil video
berkata kepada anjing itu untuk membiarkan kucingnya melakukannya sendiri.
Namun anjing
yang bersikap tolong menolong itu tidak ‘sampai hati’ dengan kekurangan kudrat
anak kucing itu. Ia turun semula dan ‘menanduk’ si kucing untuk naik tangga.
Setelah berjaya
naik satu tangga, anjing berbulu coklat hitam keemasan itu memutuskan untuk
membantu anak kucing itu sepenuhnya.
Ia menggigit
lembut kepala anak kucing itu dan membawanya ke tangga paling atas. Selepas
itu, apa yang dilakukan oleh Tennyson, ia tidak memarahi Moo.
Ini mungkin
disebabkan cara anjing dewasa itu melakukannya sama seperti induk kucing yang
menggigit tengkuk anaknya.
Video yang
berdurasi 43 saat itu diambil di AS, telah ditonton ratusan ribu orang dan
memberikan komen-komen yang berbeza. Pada awalnya ada yang menyangka jika
anjing itu bermaksud menggigit anak kucing tersebut.


0 comments:
Post a Comment