SEPASUKAN anggota bomba
bertungkus lumus menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di dalam sebuah
paip besi.
Video berdurasi
satu minit itu dimuat naik oleh laman Metafora Anafora yang
dipetik dari laman Sky News Arabiah.
Menerusi audio
yang kedengaran pada video tersebut, anggota bomba berkenaan bertutur dalam
bahasa Cina selain tulisan yang tertera di belakang salah seorang anggota berkenaan
dan van putih yang berada di tempat kejadian
Pun
begitu, laman itu tidak menyatakan dimana dan bila kejadian itu berlaku malah
tiada informasi terperinci berkaitan video tersebut yang dikongsikan.
Tiada tugas
dianggap kecil dan remeh oleh anggota bomba. Adalah menjadi sebahagian daripada
tugas pasukan dan anggota bomba menyelamatkan kucing sesat terperangkap,
seperti mana kes kecemasan lain.
Mereka
menggunakan segala kepakaran yang ada untuk menyelamatkan kucing malang itu.
Tindakan pantas
mereka berbaloi apabila berjaya menyelamatkan kucing malang itu. Setelah
diselamatkan, kucing malang berwarna kelabu dan putih itu terus berlari
meninggalkan anggota bomba berkenaan




0 comments:
Post a Comment