HAWAII – Cuti hujung minggu
memang menjadi detik yang sangat dinantikan oleh masyarakat dengan ada
mengembara ke pantai dan gunung untuk melihat pemandangan indah sebagai
destinasi percutian.
Namun, ada
sebuah tempat yang unik yang wajib anda kunjung semasa cuti akhir
panjang tiba. Jika anda ingin tahu, Hawaii di Lautan Pasifik ialah salah
satu pulau yang menawarkan tempat indah dan membuatkan anda suka berada di
sana.
Pemandangan
yang cantik, cuaca yang sangat selesa untuk berehat, serta buah nanas yang
sedap untuk dinikmati semasa bersantai. Juga keunikan Lanai, salah satu
pulau terletak di Hawaii ini, memiliki tempat percutian berbeza, khususnya bagi
anda yang pencinta kucing.
Media tempatan
melaporkan, Lanai Cat Sanctuary menjadi tempat yang sangat menyenangkan kerana
anda boleh bebas bermain dengan sejumlah 495 ekor kucing.
Lanai
Cat Sanctuary telah menjadi objek pelancongan tersendiri bagi pelawat. Lokasi
sangat menyenangkan malahan anda juga boleh menghabiskan masa terluang dengan
bermain bersama haiwan yang comel itu.
Tiada jarak
membataskan antara pengunjung dan kucing. Ratusan kucing dibiarkan terlepas di
laman seluas 25 ribu kaki tersebut. Pengunjung juga boleh bermain selama tiga
atau empat jam setiap harinya.
Mereka yang
datang pasti jatuh cinta pada salah satu kucing comel itu. Bahkan mamalia ini
juga berkesempatan untuk menerima kedatangan manusia.
Selain itu,
tempat ini juga menerima sumbangan untuk kucing unik untuk mereka dapat hidup
lebih selesa









0 comments:
Post a Comment