Suatu
hari kami pergi ke pasar, isteri aku memang selalulah saya nampak dia sedekah.
Cuma pada hari itu, baru saya ternampak nilai yang dia sedekah itu. Dia beri
RM50. Jadi, bila berada di dalam kereta, saya pun bertanyalah kenapa dia beri
banyak sangat? Entah-entah pakcik itu menipu.
“Menipu atau
tidak, itu urusan pakcik itu dengan Allah. Saya cuma mahu membantu sahaja.
Kalau betul dia susah, ada anak dan isteri yang kelaparan di rumah, macam
mana?” soalnya kembali.
“Tapi kenapa
sampai RM50?” saya masih tak puas hati dengan jawapan pertamanya.
“Abang, saya
pernah terbaca kalau kita nak menderma, latih diri ini beri duit yang paling
besar dalam purse,” jawabnya.
Saya masih
tidak berpuas hati tetapi mendiamkan diri sebab tidak mahu bergaduh dengannya.
Tetapi sejak
dari itu, saya akan perhatikan bila dia menderma. Kadang-kadang RM50, pernah
juga RM100, RM5 pun pernah. Lepas itu, memang saya buka dompet dia
senyap-senyap, memang tinggal seringgit saja pun.
Isteri saya
ini cikgu, sekolah asrama. Budak-budak selalulah nak pinjam duit. Kadang-kadang
ketuk pintu rumah sebab nak pinjam duit, dia pun bagi saja. Saya macam
biasalah, bising.
“Kalau budak
tak pulangkan macam mana?”
“Biarlah, kita tolong anak orang, nanti minta-minta anak kita pun orang tolong,” jawabnya.
“Biarlah, kita tolong anak orang, nanti minta-minta anak kita pun orang tolong,” jawabnya.
Yang saya
sedar tentang isteri saya ini, rezeki dia sangat murah. Gaji dia tak adalah
besar mana tetapi sentiasa cukup. Cukup nak bagi pada mak, ayah, adik-adik dan
atok. Duit belanja rumah pun dia selalu tolong bayar walaupun saya kata tak
payah.
Pernah sekali itu kami belanja agak banyak pada bulan itu. Tup-tup dia dapat bonus banyak. Alhamdulillah. Tetapi duit itu pun dia belanja untuk orang. Diri sendiri tak. Urusan dia juga Allah permudahkan.

Dia pun sedar
tentang perkara ini. Kadang-kadnag dia menangis, dia kata Allah sayangkan dia
tetapi kenapa dia selalu dustakan nikmat yang Allah beri. Solat kadang-kadang
lambat, mengaji sehari sekali saja. Tetapi Allah tetap permudahkan.
Saya fail
sikit bila perempuan menangis. Cuma saya cakap,
“Tak apa, mari kita sama-sama cuba memperbaiki diri kita. Allah nampak usaha kita, Allah tahu kita berusaha dalam diri kita. Manusia hanya akan tengok hasil tetapi Allah tengok usaha kita,”
“Tak apa, mari kita sama-sama cuba memperbaiki diri kita. Allah nampak usaha kita, Allah tahu kita berusaha dalam diri kita. Manusia hanya akan tengok hasil tetapi Allah tengok usaha kita,”
Kesimpulannya:
Jangan berkira dalam bersedekah, inshaAllah rezeki anda akan murah
Jangan pernah menghakimi orang, mungkin di mata manusia dia tidak alim tetapi ada amal baik dia yang kita tidak tahu
Sayangi isteri anda, insan yang sentiasa ada sewaktu anda terjatuh tergolek, terkangkang. Hargai pengorbanan mereka. Kalau rasa isteri anda tak cukup bagus, tengoklah cermin dulu. Kalau rasa diri itu memang sudah bagus, ubahlah isteri menjadi seperti diri anda.

0 comments:
Post a Comment