Bagi mereka yang
sudah biasa memandu dengan kereta manual, sudah pasti mahir menggunakan tiga
pedal, dan begitu juga dengan gear, yang mana saling berkait antara satu sama
lain.
Namun, buat kereta
automatik pula, di mana tidak mempunyai ‘clutch’, dan mudah dari segi
pertukaran gear, ia sedikit sebanyak membantu dari segi pemanduan, untuk lebih
lancar.
Tapi, sekiranya
cara pemanduan atau penggunaan yang salah, pastinya kerosakan akan berlaku, lebih-lebih
lagi buat pengguna kereta automatik.
Sekiranya mengalami
kerosakan pada ‘gear box’, jangan terkejut bila tengok akan jumlah yang perlu
dibayar, kerana kerosakan membaiki atau menukar ‘gear box’ bukanlah sesuatu
yang murah.
Untuk itu, pastikan
anda gunakan dan jaga ‘gear’ dengan sebaik mungkin, dan elakkan melakukan
perkara sebegini, sekiranya menggunakan kereta jenis automatik.
Elakkan perkara
berikut sebelum gear anda jahanam
1. Sebelum menukar
mode gear pastikan kereta berhenti sepenuhnya.
Contoh,bila anda
mengundur,pastikan kereta berhenti sepenuhnya sebelum tukar kepada D atau
sebaliknya.
2. Gunakan Mode P
sebagai brake kereta.
Contoh, kereta
belum berhenti, terus masuk mode P
3. Enjin dalam rpm
tinggi masuk gear.
Contoh, anda
rem-rem paddle minyak, terus masuk mode D
Bagi memastikan
‘gear box’ tahan lama, dan berada dalam keadaan yang baik.
Pastikan minyak dan
FILTER ditukar, serta diservis mengikut skala yang telah tetapkan.
Tukar gear box
bukan harga murah. Elakkan ya sebelum terjadi.
Perkongsian sahabat
yang membaiki gearbox. Biasanya bukan kerosakan teknikal TAPI
SIKAP PEMANDU.
SIKAP PEMANDU.


0 comments:
Post a Comment