Seorang mak cik
telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi
kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang
kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata “kalau nak keluarkan duit kurang
daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang
yang sedikit.”
Kemudian, mak cik
itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan
berkata “Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini.”
Kerani bank itu
sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah
RM 20 JUTA.
Dengan lemah lembut
& penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang
sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji.
Mak cik itu
kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta
pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang
boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja.
Mak cik itu
menjawab “kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 sekarang!!”
Dengan susah payah
kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. Setelah mengambil duit
itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut
dan berkata, “Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit
saya ke dalam akaun saya…….
[Janganlah kita
memandang rendah pada rupa paras ara dari hanya kerana dia seorang yang sudah
tua]
Sila share jika
anda rasa kisah ini bermanfaat untuk dijadikan pengajaran kepada semua.


0 comments:
Post a Comment