GAMBAR dengan ilusi optik selalu
membuatkan rasa ingin tahu setiap orang. Keinginan untuk teka rahsia ilusi
optik menjadi alasan banyak peminat seni menghasilkan gambar berbentuk ilusi.
Misalnya gambar
di atas. Trend teka-teki seumpama ini terus menjadi trendingdalam
dunia maya. Salah satu teka-teki tersebut adalah untuk mencari seekor kucing
yang sedang tidur di atas longgokan kayu.
Jika dipandang
sepintas lalu, foto tersebut merupakan longgokan kayu biasa sahaja. Namun
jika diperhatikan betul-betul, anda akan dapat lihat seekor kucing sedang lena
tidur pada salah satu batang pokok yang terbelah itu.
Si kucing
memang cukup pintar bersembunyi.
Oleh
kerana bulunya sama warna dengan bahagian dalam kayu tersebut menjadikannya
seolah-olah ‘sebati’ dengan batang kayu yang terbelah itu.
Rata-rata
netizen mengambil masa yang lama untuk mencari kucing berkenaan, malah ada
dalam kalangan netizen tidak menjumpai langsung haiwan tersebut.


0 comments:
Post a Comment