TOKYO – Kucing yang dilahirkan
dengan gigi taring dan kuku tajam ialah haiwan pemburu handal gemar memakan
daging termasuk tikus, cicak, burung dan pelbagai serangga lebih kecil daripada
dirinya.
Bagaimanapun
menurut portal rocketnews24, seorang pemilik kucing di Jepun
mendapati rutin makanan kucing peliharannya bernama Hokuro-kun ialah
sayur-sayuran yang lazim dimakan oleh manusia.
Biarpun pernah
memberi makanan kucing, tetapi dia mengakui Hokuro-kun sangat tertarik melihat
sepotong timun, kubis atau ubi keledek sebelum datang menghampiri dan mula
memakannya dengan penuh selera.
Kucing tersebut
dikatakan sanggup menolak untuk memburu tikus dan lebih memilih untuk mengunyah
timun. Kelakuan pelik oleh Hokuro-kun itu menjadi perbualan netizen di negara
matahari terbit itu.
Beberapa bulan
lalu, pernah tersebar video menunjukkan aksi kucing yang ketakutan terhadap
timun. Mungkin kerana kucing gemar memburu, ia menganggap timun yang bergerak
seperti ular yang berbahaya.


0 comments:
Post a Comment