Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi
selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat
dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di
bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah
mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak
mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
Melancarkan
peredaran darah
Jika peredaran
darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.
Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
Meningkatkan
kesuburan
Kesihatan tubuh
badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu
pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen
untuk wanita.
Mengurangkan
risiko darah tinggi
Untuk anda yang
memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk
anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia
diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
Mengurangkan
tekanan serta tenang
Air yang sejuk
akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang
mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh
itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
Meningkatkan sel
darah putih
Mandi dengan air
sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel
darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan
virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.


0 comments:
Post a Comment