Dalam hidupnya, manusia tidak pernah luput dari kesusahan. Tidak
selamanya hal-hal yang menyenangkan akan terus berlaku dalam kehidupan manusia.
Sebab ada kalanya manusia perlu merasakan hal-hal yang tidak menyenangkan dalam
hidupnya sebagai pembelajaran.
Bahkan para Nabi
pun diuji dengan berbagai macam cobaan. Dari banyaknya kesusahan yang diberikan
oleh Allah SWT, terdapat 5 jenis ujian yang boleh mneghapuskan dosa-dosa yang
dilakukan manusia.
Apa 5 jenis
kesusahan tersebut?
Rasulullah SAW
bersabda “Tidak akan menimpa muslim sakit, keletihan, kebimbangan, gangguan,
kesedihan dan duka hingga duri yang mengenai dirinya. Kecuali Allah SWT akan
menghapuskan dosa-dosanya. ”
Berikut ini 5
kesusahan yang diberikan oleh Allah SWT untuk menghapuskan dosa manusia:
1. Keletihan
Keletihan adalah
kesusahan yang pertama yang akan diberikan oleh Allah SWT. Keletihan ini
biasanya terjadi pada seseorang yang bekerja tanpa berehat. Dia akan merasakan
keletihan yang berat. Kerana merasa lelah, dia sukar untuk melakukan aktiviti
yang lain.
Tetapi percayalah
bahawa Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu jika seorang
hamba dapat mengatasi keletihan yang dihadapinya. Setiap keringat yang
dikeluarkan akan bernilai ibadah bagi Allah SWT.
2. Sakit
Kesusahan lain
iaitu merasakan sakit. Setiap manusia pasti pernah merasakan sakit dalam
hidupnya walaupun hanya sekali. Rasa sakit yang dianugerahkan oleh Allah SWT
terasa amat menyeksa.
Nabi shallallahu
‘alihi wa sallam bersabda, “Setiap muslim yang terkena musibah penyakit atau
yang lain, pasti akan hapuskan kesalahannya, sebagaimana pohon menggugurkan
daun-daunnya” (HR. Al-Bukhari no. 5661 dan Muslim no. 651)
Dalam hadis yang
lain, Nabi
shallallahu
‘alihi wa sallam bersabda, “Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau sesuatu
perkara yang lebih berat dari itu melainkan diangkat darjatnya dan dihapuskan
dosanya kerananya.” (HR. Muslim no. 2572)
Bergembiralah
saudaraku, bagaimana tidak, hanya kerana sakit tertusuk duri saja dosa-dosa
kita terhapus. Kerana boleh jadi dengan penyakit ini kita akan bersih dari dosa
bahkan tidak mempunyai dosa sama sekali, kita tidak punya timbangan dosa, kita
menjadi suci sebagaimana anak yang baru lahir.
Rasulullah SAW
juga bersabda, “Cubaan akan sentiasa menimpa seorang mukmin dan mukminah, baik
pada dirinya, pada anaknya atau pada hartanya, sehingga ia bertemu dengan Allah
tanpa dosa sedikitpun.” (HR. Ahmad)
Hadits ini sangat
sesuai bagi orang yang mempunyai penyakit kronik yang tidak boleh diharapkan
kesembuhannya dan vonis doktor mengatakan umurnya tinggal hitungan minggu, hari
bahkan jam. Ia bimbang penyakit ini menjadi sebab kematiannya. Hendaknya ia
bergembira, kerana boleh jadi ia menghadap Allah suci tanpa dosa. Ertinya syurga
telah menunggunya.
Jadi bersabarlah
dan jangan mengeluh dengan penyakit yang diberikan Allah, kerana sakit adalah
ujian dan dosa-dosa kita akan digugurkan olehNya. Kerana itu, tetap tabah
ketika sakit dan terus mencari penawarnya.
3. Kebimbangan
Kesusahan
selanjutnya adalah rasa bimbang. Kebimbangan tersebut perlu diatasi dengan
baik. Jika tidak, akibatnya fatal. Serahkanlah semua urusan kepada Allah SWT.
Sebagai manusia, kita perlu berusaha dan berdoa. Hasilnya biarlah Allah SWT
yang menetapkan. Jadi, hati manusia menjadi lebih tenang kerana segala yang
diberikan oleh Allah SWT adalah yang terbaik.
4. Gangguan
Kesusahan yang
diberikan oleh Allah SWT lain iaitu muncul gangguan-gangguan dalam kehidupan.
Gangguan ini boleh datang dari pelbagai sisi. Di saat kita melakukan perkara
yang baik, ada saja gangguan yang menghalang. Jika kita boleh yakin dan
bersabar, dosa-dosa kita akan gugur.
5. Kesedihan
Setiap manusia
tentunya mendambakan kehidupan yang menyenangkan, penuh ketenangan,
ketenteraman dan kebahagiaan. Tidak ada satu orang manusia pun yang ingin
merasakan kesusahan di dalam hidupnya.
Tetapi mustahil
hidup manusia penuh dengan kesenangan. Dan Allah SWT memberikan kesedihan
kepada manusia untuk menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu. Jika kesedihan
ini ditangani dengan bijak dan kesabaran maka dosa-dosa kita akan diampuni oleh
Allah SWT.


0 comments:
Post a Comment